salam ;)
this few days macam makin kecoh tentang video seorang akak nie kat FB. org dok share link, tag la, n what so eva. mula2 aku macam tak terniat langsong pon nak view sbb setakat video miming je, dah berlambak2 kot. tapi bile tgk description tu mention yg akak nie seorang GURU, aku pon nak jugak lah tengok. unluckily, my lappy memang dh nazak sgt. tak tahu nape takleh view any videos pon. sedih. sadis. so, aku view kat laptop my housemate, Nani.
before that, Nani ade gak cite pasal video nie. and gosip2 kat skolah die ttg GURU ini. tapi, selagi aku tak tengok sndiri, aku takleh la nak judge based on other's opinion n review kan..
so, here it goes. tadi baru lah dpt view video GURU ini. mak aih.. banyak bebeno rupenye video2 die kat youtube tu. perghhhh!!!~ macam2 lagu ade. even miming pon. n hey, guess what, Nani told me that she has her own fans. n hey, they also have their fan club group in FB. woahhh!~ macam hebat? haha.
as for me, while i'm watching all those nonsense videos, aku rasa MALU yang teramat sangat. sangat2 MALU. sebab?
1 - dia seorang wanita melayu beragama Islam yang bertudung.
-perlu ulang ayat tersebut? jelas dh kot. okay. memang org ckp, don't judge people by their appearance. betullah. tapi pada aku sendiri lah, bile kite berpakaian, itu mempengaruhi cara pembawakan diri kita. dah cantik manis bertudung, takkan nak buat perangai teruk n buruk? menari terkinja2? konon2 mcm shakira la? hey, waka waka la lu beb. sangat waka waka. wa tengok pon macam nak kaka je lu. eh, kaka tu ape? ntah. anggap je maksudnye mcm nak lempang laju2 dlm bahasa mexico. anggap je. kire mcm tu la. sgt memalukan.
2- she is a TEACHER. ok. translate, dia seorang GURU.
-GURU yg sepatutnye memberi contoh yg terbaik untuk anak muridnye. GURU yg sepatutnye boleh jadi role model untuk anak didiknye. aku tak kate aku nie sehabis role model paling BAIK yg boleh dijadikan contoh TERBAIK atas sebab seperti sopan santun, lemah lembut berbudi bahasa, juga sopan santun, lagi lemah lembut. pastu berbudi bahasa plak tu. cmpur lak lemah lembut... dah la berbudi bahasa, lagi comel plak tu. ok. stop. tipu je. tapi BETUL. aku pon tak layak nak IKTIRAF diri aku sbg contoh untuk pupils n role model terbaik. so, sila tiru saya. TAK. tapi sekurang2nya, bila kite seorang GURU yg secara tidak langsung merupakan role model kepada pupils, kene la jaga batas, BEHAVE. perangai biar elok. bukan yg jelik. ini? Nauzubillah. segan nak cerita. sgt memalukan.
consequence?
manusia. secara amnya, suka untuk judge n menilai others generally. secara keseluruhan. ape org kate, kerana nila setitik, habis susu sebelaga. mcm nie la, people start nak judge:
1) pompuan pakai tudung semua macam tu ke?
2) ala, pakai je tudung, perangai tah pape gak. org pakai tudung sume takleh pakai.
3) bla.. bla.. blaa...
see. see. susu lain gak yg rosak.
dan, org juga berkata; seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. MAAF. sy tidak kata anda kerbau. peribahasa yg kata.
sungguh lah, kerana die seorang (yg perangai pelik?), org akan tertanya2 n make some conclusion:
1) erkk?? mcm nie ye perangai cikgu?
2) cikgu nie takde keje lain ke?
3) cikgu zaman sekarang mmg semua tak boleh pakai..
4) macam mane lah budak2 sekarang tak teruk? cikgu pon perangai pelik mcm teruk.
5) blaa.. blaa... blaa...
lihat. lihat. cikgu jugak yang salah. SEMUA cikgu.
memang tak adillah org nak judge smpai mcm tu sekali. tapi aku bukan lah nak bangkitkan isu judge m'judge nie. kite takleh nak sekat pemikiran orang. itu hak individu. tapi bila kite bawak diri dengan baik, orang takkan tibe2 nak judge yg bukan2? yg pelik2, n teruk2? haih~
so, itu semua berbalik pada diri kita sendiri. kita hidup bukan sekor2 kat dunia nie. mcm tak best plak hidup sekor2 kan? tak meriah. jadi, tolonglah jaga title yg anda pegang; no matter whoever you are, as a muslimah, as a teacher, a daughter, a wife, a friend, or what so eva; anda kena jaga itu. sebab kadang2 org lain yg terkena tempiasnya.
and for that TEACHER, harap sangat die sedar dgn ape yg die buat nie. banyak gak org dok komen2 die. yg kutuk, yg puji. semua ada. cuma aku pelik lah. kenapa ada yg puji2 n bagi semangat? macam tak relevan. kenapa? mungkin mereka nie suka melihat org lain malu? atau suka melihat org tersebut memperbodohkan diri sendiri? MUNGKIN. aku tak kata MEMANG. and MUNGKIN juga, sebab ade penyokong2 yg puji2 tu lah yg buat beliau bersemangat menghasilkan 'video2 klip' seterusnya? siap ada fan club. macam HEBAT kan? tapi tahu tak, itu semua sangat2 MEMALUKAN. nothing to impress. nothing to be proud of. sedarlah.
dan juga, die tu cikgu dekat2 sini juga. sama daerah PERAK TENGAH ngan aku. sbb tu la video die siap ade speech dlm loghat perak. dengar cerita juga, PPD Perak Tengah nak ambil tindakan. dengar sahaja lah. betul atau tidak, wallahualam. cuma aku harap, ada sesi kaunseling lah untuk beliau. ada tindakan. harap harap.
untuk kesekian kalinye, aku memang MALU tengok video die. smpai tutup2 muka nie, MALU.. serious. tak caye, tanye Nani. kan Nani kan? tak tahu lah mane hilang MALU beliau. tak salah kan ko nak melalak, menari atau ape, tapi please la, do not publish it. make it private. simpan sendiri sudah. ko dlm bilik memanglah sekor2 je. tak malu. tapi bile dh upload kat Youtube, satu dunia kott dapat tengok. satu dunia! MALUnye, YA ALLAH!~
tak dpt bayangkan mcm mane die berdepan ngan sume org. mungkin dia bangga kot. mungkin?
_________________________________________________________
aku takmo share pon link tersebut.
buat apa nak sebar2kan hal yang memalukan, bukan?
takde faedah pon.
kesian kpd beliau. aku sgt kesian.
serious. sgt kasihan.
lagi kasihan sebab beliau tidak kasihan pon akan diri beliau.
-Ya.
isu ini sgt serius bg aku.
Read more...