Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

think wisely, act professionally :)

>> Wednesday, February 23, 2011

Assalammualaikum.


Hidup; masalah, ujian, dugaan juga cabaran. HATI. mesti tabah. harus kuat. Juga, pemikiran. perlu optimis. perlu positif. kalau tak, memang kita akan 'jatuh'.


kadang2, apa yang kita fikir, tidaklah seteruk apa yang sebenarnye kite fikirkan. (hah?) sebab kadang2 fikiran kite terlalu 'kreatif'. terlalu mengikut perasaan. boleh jadi apa yang kita konon2 rasa macam itu dan ini, sebenarnya bukanlah begitu dan begini. ya. terlalu sgt berfikir secara kreatif dan jauh ke hadapan. kalau tidak disulami perasaan yang menggugat emosi, pasti akan mendatangkan kebaikan. tetapi kalau ianya berserta emosi?


dan ya. kadang2 kita tidak terpikir pon apa yg org lain fikirkan. dan pastilah apa yang difikirkan mereka jauh lebih matang daripada pemikiran kita. ada sebabnya mereka bertindak sebegitu. cuma kita yang terlalu memandang dari sudut negatif. tidak berusaha untuk meneutralkannya drpd pandangan yang positif. bukan tidak boleh. tetapi tidak mahu. kerana emosi lebih berkuasa daripada akal ketika itu.


ingatan untuk diri sendiri.


take ur time. be positive. be optimistic. think wisely, act professionally. supaya akhirnya nanti akan memberi banyak kebaikan.


yeah. i'm in my learning process; to be more positive. thanks mak, for today's 'session'.



chill~
_____________________________________________________________


oh ya. btw, esok abah buat chemotherapy kat Hospital Selayang. doakan kesihatan abah ya, semoga cepat sembuh dan sihat kembali. InsyaAllah. aminnnn~ we love u, abah :)

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul SKPK

>> Sunday, February 20, 2011

Jumaat lepas. sekolah aku wat Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. best. sgt best. Pagi2 pas baca Yaasin, kiteorg start berarak dr sekolah smpai simpang tiga kat kedai Jut n kedai Gotak tu. eh. mcm la korg dpt bayangkan jarak tu. haha. jauh gak lah.. tp yg penting semangat Maulidur Rasul tu. yezzaaa~




Aliah di apit geng jubah.
hehe.




Kumpulan 2 - Year 5 and Year 2 :)
semangat sebelum berarak ni ;)





separuh masa pertama. hehe.
kiteorg buat 4 sepanduk. sume handmade okies :)








time pusing balik tu memang sume dah lembik. tapi alhamdulillah. takde yg pengsan atau ape. Dan sure lah, selawat tu dah sayup2 kedengaran. mula2 aku tak bg dorg berhenti berselawat. aku ckp, kite nak pahala. nti dapat penat je. tak dpt ape2. rugi kan. so, selawat dengan suara yg kuat.

Last2, takpe la.. selawat dlm hati kalo tak larat ye. hehe. sbb memang penat jugak. kite pon paham kan.

tapi tapi tapi... dah nak smpai sekolah tu, aku suruh dorg selawat kuat2. sbb dah nak smpai sekolah. yeay!!! hehe.




bru smpai pas berarak.
tgk muka masing2. semangat kan dorg?



Ustaz mengetuai selawat.
sepanduk yg akan diguna pakai di lain2 tahun =)




hye. saye amin. saye shooter handball skolah :)
(ape kes?)
haha





pastu ade ceramah. then jamuan. and smbung dgn pertandingan mewarna, melukis poster n menulis khat. dan hadiah tu bru aku p beli tadi ngan Teacher kat sitiawan. best lah kedai tu. sume murah. eceh. tibe2 promote kedai murah.

______________________________________________________



by the way, this is my outfit ari jumaat ari tu.




cikgu Tarmizi ckp aku mcm org Arab kat padang pasir. hahahampeh betul. haha.

Aisyah (Year 6) : "Eh. rase mcm kat Mekah je bile tengok teacher"

cis. ade2 je dorg ni..




comel tak org padang pasir?

agak2 ashraf muslim terpikat tak?

dush2!~ haha.


Read more...

Geram. Geram. Geram. (but after all, my mum jugak yg the BEST. mak pendengar n penenang ati yg terbaik lah. love u mak :) )

>> Thursday, February 17, 2011

Hari ni. ade sikit salah paham dgn misi2 yg datang sekolah. seriously aku geram. paling tak boleh blah bile die mentioned, "macam ni ke cikgu??" oh damn. serious rasa tercucuk sampai jantung okkeh! ape kau bagus sangat ke sebagai misi? kau ingat cikgu takde keje lain ke? kau ingat cikgu ni kuli kau ke? nak siapkan sume maklumat murid? kalo kite dah usaha, tapi tak dpt gak, nak wat camne? kau suruh kiteorg timbang berat budak. dah. skolah aku takde bathroom scale kot. rosak. pastu? eh. kalo dh tak boleh. kau kan dr jabatan kesihatan. ko dr klinik kan. so, bawak siap2 lah beb. bukannye aku suh ko beli lain ke hape. hak kerajaan kot.


damn. damn. damn.


pastu kau nak marah plak mak bapak budak tak sign buku kesihatan tu. aku dh bagi guru tahun 1. dan die pon dh bg budak tahun 1. budak dowh! memang kene push. tapi budak beb. budak. balik rumah lupe. balik rumah lupe. ade mak ayah lupe nak isi. pastu? yg kene marah? yg kene salahkan? AKU! ape kau ingat aku kuli kau ke? nak kene ikut budak smpai umah, suruh mak ayah die sign?


damn. damn. damn.


kau membebel kiteorg tak check mata budak. kau dh tak bekalkan bahan. nak suruh kiteorg sediakan sume. buat papan yg huruf E M terbalik sume tu. ape kau ingat kiteorg takde keje lain ke?


damn. damn. damn.


kau tau datang sekolah, nak sume siap. supaya keje kau senang. datang2 terus cucuk? oh DAMN!


sorry lah kalo kau terasa ngan aku. aku pantang dowh org mungkir janji nih. cakap nak dtg 25 hb Jan. aku dh get ready kelas Year 3 utk kau n aktiviti mencucuk kau. tp kau tak jd dtg. takde ko inform. pastu tibe2 kau dtg arini. aku tak tau. kau kate kau dah call petang smlm tapi pejabat tak angkat. nak salahkan kiteorg la? pastu apsal kau tak call hari sebelum2 tu? last minute baru nak inform? damn la beb.


wei. serious aku geram. sbb tu aku buat bodoh trus. malas aku nak sebok2.


Tugas guru bukan sekadar mengajar dan mendidik.
dok jadi kuli misi2 jugak!
damn lah.
kalo keje aku guru kesihatan semata-mata, boleh lah beb!
tapi kau sediakan barang yg lengkap lah.
baru ON!



thanks lah warga SKPK, teacher, KakJamna, KakZaleha, KakNor, CikTUn, Ieqa, n sume2 la sbb tolong dengar aku dok bengang2 ngan misi2 tuh.




tapi. still. tak puas ati.


_______________________________________________________


last2 call n mengadu kat mak. n seriously. My mum is the BEST lah.


mak ckp, nape tak ckp je kat nurse tu, "Camni ke NURSE??" . a'ah. betul jugak kan. tp serious aku terdiam time tu, tak sempat nak melawan. kalo dapat wat ayat cmni bagus gak kan. haha.
so, trus lah kiteorg membebel bebel dok kate itu n ini. mak jugak yg paling faham aku kan. nama pon mak :) hehe.



dan ya, pas ckp dengan mak, memang aku rasa LEGA GILA. sangat2 LEGAAAAA~~


thanks mak :) wuhuuu.. tibe2 macam nak nangis sbb rindu mak. huhu.

Read more...

Terdampar di Sahara ;)

>> Tuesday, February 15, 2011


Ini bukanlah kejadian semalam. apatah lagi kejadian sebentar tadi. ini kisah 2feb 2011 yg lepas. giler lambat oh aku update. well. soffea memang pemalas. kadang2 cerita yg tahun2 lepas pon tak story2 lagi. cakap nak share sini pasal konvokesyen tahun lepas? macam dlm entry yg ini. tapi?? di mana janji2 manis mu soffea? dush2!~


eh. nantilah. skrg focus yg ni dulu.

____________________________________________________


Cuti Chinese New Year yg aku tggu2 aritu mmg dihabiskan sebaik2nya. diulangi, sebaik2nya. bile la lagi nak dpt peluang mcm tu? tak sabar nak cuti bulan 3 pulak nih. haha. kire cutiiiiiiiiiiiiiii je!


n ya, aku tak balik Bentong trus. singgah umah makteh sat. dah la sesat. boooo~ eh. ok whut sesat. tahu jalan nanti. kite kan blaja dr pengalaman. eceh!


malam tu aku dan budak poyo 2 org; my aunt, ciknah n my crazy cousie, saady p makan kat Sahara Tent. best beb. u guys should go and try their food. kat mane Sahara Tent? kat area KL. aku pon tak pandai nak describe kat mane. so, pakcik Google Earth, tolong dorg search boleh??



- power rangers merah berserta senjata -


malam tu hujan lebat jugak kot. sbb tu kiteorg nak p berteduh kat Sahara TENT. ewah!~

and ya, outfit kiteorg malam tu mmg unplanned. tgh2 dok bersiap tu, bru perasan. eh. arini kita sume pakai RED and BLACK lah! dah macam kumpulan Elite pon iye jugak. nasib tak exactly the same outfit okeh. kalo tak, sure dah macam kumpulan Boria Anak Tanjung pulak. oh no!



-while waiting. haruslah camwhore dahulu-


dan tahu takkk?? masuk2 Sahara Tent Restaurant tu, aku perasan yg theme dorg pon RED and BLACK jugak. oh damn. nasib baik lah tak confused between kusyen dgn ciknah atau saady. aku terkecuali lah. haha.(padahal dok pakai MerahHitam jugak)


FYI, Sahara Tent is one kind of Arabic restaurant. and family kiteorg mmg suke makan makanan arab. aritu dok gile Al-Rawsha restaurant. but since Al-Rawsha da tutup, dorg ni discovered restaurant baru plak. so, sbb tu dtg sini.


Tapi Sahara Tent ni lebih kepada makanan org Lubnan lah. ciknah cakap. aku tak tahu. asal sedap, aku bedal je. weheee~


- yaaa.. sangat bernafsu terhadap makanan. haha -


- Saady's. tapi biase lah kan. sharing is caring :) -



- mine. Sahara chicken kot name menu ni. lupe lah -


- ciknah tekun makan chicken wings yg die order -

ntah mimpi ape ciknah. nak makan chicken wings je. tak arab lah macam ni! haha.



- yeayy! dah kenyang -




- inilah contoh terbaik "kenyang perut senang hati"-



anyway, thanks my dearie Saady, sbb belanja malam tu. dan2 je my dearie kan. sbb nak suruh ko belanja lagi sebenarnye. kire mengayat lah ni. cair tak? cair tak? haha.


Memang hancur ah diet time cuti aritu. keje nak makan je. but who cares! bersyukur sgt sbb masih punya selera untuk menikmati makanan. Alhamdulillah. cuma selepas ini perlu kembali ke pangkal jalan. ingat azam ok, soffea!


so, korang. ade masa, bleh la p makan sini. sedap weh. tempat pon selesa wa cakap lu. eceh. dh macam promoter Sahara Tent ke hape. tahulah pakai baju sama colour ngan theme restaurant kan! HAHA :)



Read more...

Mari perbanyakkan selawat :)

Salam 12 rabiul awal 1432H. salam Mulidur Rasul :)


arini cuti. tak buat ape2. pas subuh n ngaji tadi, ingat nak tdo. tapi sebab terdengar budak2 asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Lambor Kiri dok berarak smbil berselawat kat sekitar kuarters ni, trus aku p jenguk kat tingkap. rindu nak berarak mcm ni. teringat time join perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Sibu kt Sarawak aritu. rindu~


tapi takpe lah. tggu Jumaat ni. ade perarakan peringkat sekolah. mesti best. berkobar2 ni. ewahh.. cikgu plak over yea. haipp. itu haruslah. hehe.


_________________________________________________









Ya rasulullah. betapa cintanya Baginda terhadap umat2nya. tapi kita? astaghfirullah.. semoga hari ini merupakan permulaaan bg kita utk berubah menjadi umatnya yg lebih baik. InsyaAllah~








aku suke lagu Hijjaz ni. sgt suka :)


dan ya, macam td dengar Wardina Safiyyah ckp dlm MHI, kalo kite hayati betul2 perjuangan Baginda, memang tersentuh hati, boleh menangis. betul. i agree :)



Jadi, sebagai tanda cinta kita kepada junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita perbanyakkan berselawat kepada Baginda. semoga ini menjadi amalan kita setiap waktu, dalam usaha mendapatkan syafaat Baginda di akhirat kelak. insyaAllah~








Read more...

tag yg dah lama sgt. huhu (-_-')

>> Sunday, February 13, 2011


entry ni dah lame dalam draft. da macam pekasam pon iye jugak. haihh.

arini baru nak edit n siapkan dan publish trus :)

actually, i've been tagged by zara, my junior kat IPTAR dulu. sorry zara sbb baru skrg nak buat. hehe.




aritu dah wat tag yg lebih kurang sama mcm ni. 25 random things about me. tapi kali ni layan je la 15 things ni plak :)


1) aku cacat. cacat sbb takde apendiks since 6years old. but who cares!~ alhamdulillah. sihat je :)
2) aku ade 8 bantal atas tilam. suke tdo dgn byk bantal.
3) quite membazir n boros. sometimes. i mean, sometimes je tak. haha.
4) kuat merayap :)
5) tak suke org yg suke tiru2 ni, baik dr segi ape pon. come on. get ur own identity n style!
6) straight forward person.
7) i hate hypocrites and sorry, aku memang tak pandai jd hypocrite.
8) suka drive laju2. ntah bile nak berubah. astaghfirullah, soffea~
9) gelak dengan kuat. kalo bakal mak mentua tgk, sure REJECT truss!
10) easy to forgive but hard to forget. tp in certain situation, sukar memaafkan, dan memang takkan melupakan.
11) saya tak percaya cinta. it's something yg complicated for me.
12) dulu time kecik memang tomboy!
13) pemikiran yg agak 'kreatif'. kdg2 suke pikir 'jauh' sgt~
14) 'pandai' memasak. masak maggie paling expert. haha.
15) suka merajuk. eyww. ( tak boleh terima kenyataan ni~)


oh. dah habis? bru nak bgtau byk lagi~ (over~~) haha.


next, i need to tag another 5 bloggers. so, korang sume, sudi2 la mengetag diri sndiri yerp :)

Read more...

tak puas ati?

>> Saturday, February 12, 2011

malam nie emosi macam tak stabil pas view something yg menyebabkan ketidakpuasan hati.

pastu tambah plak dok bace komen dari anonymous.


bertambah tak stabil. tapi jangan risau. tak stabil je. takkan jatuh.


dulu.
salu bace blog org yg cite pasal anonymous.


skrg.
baru rase ape perasaan bile dikomeni anonymous. apa? dikomeni? lantak lah~


dan ya.

aku memang KAGUM dengan bloggers otai yg salu kena serang anonymous; mcm CikEpal, Maghia, my dear Nurul syg, dan lain lain lain dan lain lain lagi~




to anon: beb. kalo ko tak puas ati ngan aku, confront me gently k :) thank you~

Read more...

Bertambah suka pada dia ^__^

>> Friday, February 11, 2011

Ini tentang Ashraf Muslim. (lagi?) eh tak. enty yg aritu ckp pasal ustaz je la~


mentang2 la tiap2 Jumaat dok tengok cite Ustaz Amirul. so, asyik nak cite psl Ashraf Muslim je ekkk.


nehi. nehi. ini fakta menarik tentang beliau yang sebenarnye baru je Khamis lepas aku tahu.


aku: Bestnye kalo dpt cari suami mcm doktor tu kan, ciknah. dah la amalkan perubatan Islam. tp die da tua. nak yg hensem boleyyy?
ciknah: Ashraf Muslim tu???
aku: ala!!! tu dlm drama jee~
ciknah: ei angah! die tu memang dah jadi cm doktor tu la skrg!! dah ade pusat perubatan islam sndiri.
aku: serious ciknahhh??? blablablaaaa (membebel sbb teruja gila!)


oh well! aku memang kire agak ketinggalan ke hape ni?? i thought die tu cuma berlakon watak2 mcm tu je. rupanyaaa?? Ya Allah! in real life pon die memang 'ustaz'.

bertambah2 lagi la minat kat die ni. macam mane ni?? (haha)



ciknah ckp die tau pon sbb tgk trek selebriti aritu. aku mane ade astro kat kuarters ni. so, mmg tak tahu. n aku dh try search da trek selebriti yg ashraf muslim tu. tp sgt frust sbb tak de pon! sape2 jumpe link tersebut, sudi2 la share eh. thanks. hehe :)

and ya, boleh baca sini tentang ashraf Muslim. sooo impress woh.



TIADA khidmat makhluk halus, Ashraf sekadar berdoa dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk merawat pesakit.



Picture: credit to Kosmo Online. sekali ngan caption aku cilok skali. thanks Kosmo Online :)


_______________________________________________________________

tu lah kan, Allah beri hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. dan HARUSLAH, kita mesti berusaha dan sentiasa berdoa memohon hidayah dr Allah. Tunggu saje memang SAJEEE laaa~


Doa n usaha k :) InsyaAllah~

bace lah kisah ashraf muslim kat link tu eh :)

____________________________________________________


dan ini memang takleh blah~

mak, tolonglah angah ye.

weheeee~


Read more...

Kuasa veto seorang guru, either freshie teacher or teacher to be~

>> Thursday, February 10, 2011

hye sumeee. mahu telur dadar yang lembut lagi gebu??
eh. tetiba sheila rusli menumpang iklan mayonis kat sini plak eh.
bayar please~ hehe :)


_______________________________________________________



giler lama aku tak update. dah la entry sblom nie sume macam konon2 ade kesinambungan to be continued la konon. last2, to be tak be be lagi. (ape ni? pening la soffea!)


masa tu yang terlalu mencumbui eh mencemburui aku. skrg mmg busy. skolah byk program kot.

n ya, aku nak ucap CONGRATULATIONS to all my lovely juniors (IPTARIAN, PISMP 07) yg dah posting 7hb februari aritu. at last, posting gak dorg. sian ohhh. gile lame kot dieorg tggu nk posting. nasib la time kiteorg dulu tak mcm tu. huhu.


so, all da best juniors. do ur best ya. take ur time to adapt to the environment surrounding u. mula2 mmg sgt sedih kot. ye la. kite practicum dulu at least mesti ade sorg kawan. yg ni dah tercampak sorang2 kan. cuma doa la, semoga Allah permudahkan segala urusan ya~ InsyaAllah~

_____________________________________________________

and ya, i would like to share 1 thing here. a tips maybe? maybe la~


sebagai guru baru, tak kire la time practical ke, atau time posting, 1st impressions tu sgt penting. i mean, 1st impressions anak murid terhadap kita.


rasanya sume dh tahu kot. budak2 nie, mula2 kite introduce diri, perlu lah tunjuk garang okkeh. please la don't be too nice yg konon macam caring n loving sgt la. 1st time je perlu buat ganas. pas2 tu baru lah kite being a nice teacher ever to them. selepas selepas itu ok.


sebab ape perlu tunjuk garang?
this is my personal point of view;

coz this is ur 1st time. and ya, u need to set up their 1st impressions towards u. kalo baik sgt, dorg mmg rase mcm; "bestnyeee cikgu ni.. baiknyeee".. trust me, selepas itu, korang sure susah nak control dorg n yg paling penting, mendisiplinkan mereka. trust me!


macam mane nak garang?
ya. serahkan pada yang pakar. well~ soffea si ibu harimau di sini~ haha :)
1st interaction between u n ur pupils. tak perlu la tibe2 nak rotan budak plak kan. atau tibe2 nak denda ke ape. cikgu tu gile ke? aku tahu korang rasional ok.


normally, cikgu baru akan perkenalkan nama.. blablabla kan.. come on beb. banyak kali practical kot kite ni kan. so experience kire mcm not bad la kan..


tapi bile dah posting ni best banyak sikit. sebab? skrg anak murid tu totally yours. bukan lagi yg kite amek kejap2. what i mean here is, kite boleh tetapkan this subject perlu berapa buku. buku ape yg perlu ada, and so on~ cam tu laa~ sebab dulu time practicum, nak guna buku tulis dorg pon takut2. kdg2 ade cikgu yg cerewet sikit.


eh. itu tentang kuasa veto seorg guru yg dah posting.


dan ini kuasa veto bagi setiap guru.


Please set ur own rules in ur class. sgt penting.


contoh:
1) when i am talking, please look at me, and listen. i don't want anyone of u to talk while i am talking.
2) Sebelum teacher masuk kelas, pastikan semua buku Sains ada atas meja. siapa yang tak letak buku atas meja, nanti teacher blablabla (gertak sikit).
3) Sebelum pergi padang, mesti beratur n berjalan dalam barisan! kalo teacher nampak ade sape2 yg tak beratur, denda lari padang 10 kali! (gertak lagi. haha)
4) Kalau nak jawab, angkat tangan, mulut diam. bile teacher tunjuk, baru jawab.


contoh la. n ya, actually tu antara contoh rules dalam kelas teacher soffea. sape la teacher soffea ni? keje asyik nak gertak budak je~ haha.


mula2 memang susah. but believe me. kalo korang tak wat mcm ni, dorg takkan berdisiplin. kalo mula2 masuk dh buat baik sgt ngan dorg, nanti dorg nek kepala. pastu baru korang sebok2 nak buat rules n nak bg arahan itu n ini. susah la. sbb dorg dh set dlm mind yg korang baikkkkkk sgt. so, takpe. korang tak kan marah punye laaa.. 1st impression sgt penting wooo~


dan hasilnya sgt memuaskan hati. seronok bile tengok:
1) masuk je kelas, dorg dah get ready buku untuk subject tersebut. so, takde buang masa nak suruh bwk kuar buku lagi.
2) kalo cikgu sblom tu kuar lambat, n korg masuk awal, budak2 kelam kabut terus bawak kuar buku untuk kelas korang. takyah arah2 dah.
3) time PJ, tggu je kat padang. sbb dorg akan dtg ke padang dr kelas dengan sgt teratur dalam barisan. tak payah sebok2 nak tgk dorg n aturkan dorg.
4) time nak jawab soalan, kelas tak bising mcm lebah bzzzzzzzzzz sbb sume sebok nak jawab. yg ini perlu slow2 la practikkan .

dan lagi lagi lagi~

serious rasa puas hati. rasa macam, impressnye aku kat anak murid aku nih. berdisiplin betul.


and ya, aku ade some stories yg memang buat aku impress giler lah ngan anak2 murid aku kat SK Pasir Kubu ni. something that relates to disciplin la.. nanti lah cerita ya. entry mcm dah panjang. nak balas dendam sbb lame tak blogging ke ape nih?

so, itu je la serba sedikit tips (KONON) yang aku nak share ngan korg. bukan lah tips sgt pon. cuma aku rasa benda nie penting bagi seseorang guru dlm mendisiplinkan pelajar. 1 of the way lah. nak ckp banyak2 pon, aku baru setahun posting kot. tak layak nak bg tips itu ini. cuma it something like, sharing the experience n thoughts :)

anyway, freshie teacher n teacher to be!! u should try this okies. err i think, u should DO this!


BEST OF LUCK GUYS :)



opsss! aku buat entry yg sounds like, to be continued lg eh?

Read more...

I just can't wait~

>> Tuesday, February 1, 2011





gambar rajah di atas menunjukkan status FB pada last saturday.



semangat kan aku? dah siap packing okkeh. ari sabtu aritu lagi. padahal esok, yakni hari Rabu baru aku bleh balik kot! yeahh! semangat ini lah yg kita perlukan. keep it up, soffea!~ (^__^)




n ya, i can't describe how excited i am rite now. aku sangat tak sabar nak tggu jam 1.05 tgh ari esok. sebab sebab sebab (eh. tibe2 gagap aphal?) sebab, pastu bleh trus drive balik pahang. cuti chinese new year!!! yeayyyy!



opss. sbnrnye: boooo~ sebab org len dpt cuti seminggu kot. so, jumaat lepas lagi dh gerak. tapi nak wat cmne kan, it depends on school. so, redha lah~ lgpon school aku semua melayu okies. so, takde yg sebok nak beraya kot! haha. ko tengok. ni ayat memujuk diri sndiri namanya~




seriously. kali ni aku memang homesick gila! eh. bukan acap kali ke? kali ni je kunun~ heh. tp betul lah. memang rindu giler kat mak n abah. rase mcm cepat2 nak balik umah skrg jugak. nak dok ngan m n abah.. rindunyeeee~


my lovely abah n i :)
kami lah ahli transformers!~
ngeee~

my sweet mak n i~ kamilah errr.. penjaga kubu?

^__^




dan pastilah



my boys yg poyo itu!




rindu



rindu



____________________________________________________




so guys, for those celebrating chinese new year, Gong Xi Fa Chai. ang pow lai lai~ hehe.



drive carefully ya. ingatlah yang tersayang <---- reminding myself :)




happy holiday peeps!enjoy ya~


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP