Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

Saya suka ustaz. tapi....

>> Friday, January 21, 2011

Aku suka betul slot zehra kat TV3 tu. tapi suka2 pon, bru 3 drama je kot yg aku ikut betul2. NurKasih is the best lah. siap boleh nangis2 woo tengok cite tu. Jumaat malam je sure dh turun awal2 kat bilik TV IPTAR tu sbb nak cop tempat. hehe. miss that moment~

pastu cite Janji Kekasih. yg nie aku tengok tapi miss2. tengok pon sbb ayu raudhah. she is sooo beautiful wearing a hijab. yes she is. ok gak lah cite ni. boleh la~

n kali ni Ustaz Amirul yg aku dok tengok n tggu2. awal lagi kot nak ckp best atau tak. but so far, quite ok la.. ala.. lagipon sebab ustaz Amirul tu menggoda sgt okeyh!

Asyraf Muslim, kenapa anda hensem sgt?

muka suci gitu. cair. cair.




baiklah. mari beku balik. tak siap entry ni karang~


Ehem. bercerita tentang ustaz. kalo nak tahu, aku dulu selalu dok usha2 n put it as one of ciri2 lelaki idaman gitew~ oh. malu lah. *blushing* ececee~
yup. dulu aku mcm obsess gak lah ngan mereka2 yg title ustaz ni. tapi for sure bukanlah ustaz2 tua berjanggut yg menjadi pujaan. tentulah ustaz yg macam ustaz Amirul ni. pheewitt.

yang paling best bila dulu penah lah ter'berboyfren'kan ustaz rock. kalo tengok rupa memang tak sangka langsung die tahfiz ok. sgt rock. rambut pon panjang je. pakai biase2. tapi tup2 rupenye.. "la, tahfiz ke?" tapi aku suka whut. sbb mmg itu yg aku cari :)


member dulu salu dok psycho aku mcm2 pasal mereka2 yg bergelar 'ustaz' dan agak alim ni.


"hang tak takut ke piah, nanti hang kene pakai jubah, tudung labuh, purdah? takde dah pakai mcm ni.."


"pastu nanti sume benda tak boleh buat"


"nanti dok umah je.. nak kuar pon tak boleh"


blablabla~


jwpn aku senang je:

"kalo itu boleh membantu aku berubah lebih baik, apa salahnya. cuma mungkin tidak secara drastic lah. kite kan kene patuh cakap suami. bukan benda tak baik pon~"

"habis lah... pasni aku takde lah lepak ngan korg dah. ckp jerit2, ketawa kuat2 mcm ni dah.. aku senyum pon tak nmpak gigi dh pasni tau. hahaha"


pergh. matang lah konon jawapan aku tu. tgh bercinta memang mcm tu kan. but seriously, itu yg aku fikir. pendapat aku. pandangan aku.

but then, takde jodoh kan. redha je lah. walo amek masa gak lah nak redha. masa tu aku sedar, mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia~

tapi lepas2 tu, after 3 years mcmtu, ade la aku diberitahu tentang die. itu n ini. and at that time, aku bersyukur sgt aku dijauhkan dr die. dan aku memang tak sangka lah die mcm tu. tahfiz kot. mcm alim kot. dan ya, aku dah temui hikmah perpisahan tu. alhamdulillah~


cuma aku berdoa die berubah menjadi seperti dulu balik. sbb dulu aku suka tgk die berjubah n berserban dengan rambut panjang die. apepon, aku doakan yg terbaik untuk dia. insyaAllah.. aminn~
_______________________________________________________________

2009; aku kenal ngan another ustaz. cerita ni mcm complicated sikit. ade aku kisahkan dlm blog ni. tapi secara berkias lah. boleh cari gali entry 'biar. saya simpankan sahaja'. juga 'warkah buat kamu yg telah melukai saya', dan dan dan entry 'pssssssstttt'. kalo korang rajin lah~

dan ya, ustaz yg sorg nie pon agak m'buatkan aku keliru dgn title ustaz dan ilmu agama yg beliau miliki. kalau menipu tu bukan salah satu ciri org munafik ke ustaz? cakap berbelit semata2 nak pertahankan diri sendiri. tapi tak pe lah. anggap je sume salah faham. dan aku pon dah lama maafkan beliau. semoga beliau dirahmati Allah~

satu je lah aku fikir. aku bukan yang terbaik untuk dia. dan mungkin, dia juga bukan yang terbaik untuk aku. Allah knows~ takde lah frust sgt. cuma sikap beliau yg buat aku frust. n ya, it changed my perception towards those entitled 'ustaz'.
________________________________________________________________


sekarang. still the same. ciri2 lelaki soleh harus ada. tapi tidaklah macam dulu yg agak obsess terhadap mereka2 yg bergelar tahfiz dan ustaz. sebab yg soleh itu tidak semestinya ustaz. tapi yg soleh itu boleh menjadi ustaz dan imam yg baik untuk kita. kan?

yang penting beliau mempunyai asas ilmu agama yg kukuh. dapat didik dan bimbing aku jadi hamba Allah yg solehah, isteri yg solehah, dan anak yg solehah. dpt sama2 didik anak2 dgn baik.


kdg2 mcm terbayang je, bestnye bile ada masa dok solat n ngaji sama2. tolong jelaskan tentang tafsir al-Quran yg aku baca. supaya aku lebih faham. sbb banyak benda yg aku nak tahu. indah bukan? oh yeah. berangan memang indah. haip. tapi ini cita2 dan impian lah. ewahhh~


but i know.



kadang memang rasa rendah diri. aku nie layak ke nak impi seseorang yg begitu dan begini? diri sendiri pon tak betul kan.. but know whut, aku berpegang pada ini:

"Berusaha menjadi yg soleh adalah lebih baik daripada berusaha mencari yang soleh"


Jadi, mari lah sama2 kita persolehkan diri kita. semoga Allah membalas segala ibadah kita dengan ganjaran yg terbaik untuk kita. InsyaAllah~ He knows the best for us. Have faith.



dan ya, niat harus betul.





satu lagi. i wanna share this:



untuk yg bercinta. atau tibe2 ade perasaan kat someone, bagus amalkan. InsyaAllah, Allah akan bantu kita. Dia mendengar setiap permintaan hamba2Nya yg meminta padaNya~

19 comments:

Puteri Iqa Izyan January 21, 2011 at 11:39 PM  

hensem betul die kan? dlu die penah dtg jln2, lepaking2 kat uitm dungun. hehe..

teirngin nak knl dgn ustaz.. hek3. :D

~M!sS rARa~ January 21, 2011 at 11:50 PM  

sama la kak impian kita.
jom kita sama2 berusaha jd yg lebih baik. :)

IMANSHAH January 21, 2011 at 11:56 PM  

ingat jatuh cinta ngan ustaz akhil hayyi..wehehe

Unknown January 21, 2011 at 11:59 PM  

hee...same la sis!cara kawan syko dulu pn same.tapi xpelah xde jodoh gak:)

Brilliant Marjan January 22, 2011 at 12:18 AM  

salam...

setuju dengan ayat ni "sebab yg soleh itu tidak semestinya ustaz. tapi yg soleh itu boleh menjadi ustaz dan imam yg baik untuk kita. kan?

yang penting beliau mempunyai asas ilmu agama yg kukuh. dapat didik dan bimbing kita jadi hamba Allah yg solehah, isteri yg solehah, dan anak yg solehah. dpt sama2 didik anak2 dgn baik."

dan kita sendiri sebagai perempuan, perlu juga menjaga diri dlm apa jua keadaan..nk dpt soleh perlu jadi solehah dulu..cubalah yg terbaik..insyaAllah jumpa =)

ijatnuar87 January 22, 2011 at 1:42 AM  

ustaz tu sekadar gelaran...yang penting apa didalam jiwanya...adakah dia mampu membawa saudari kejalan yang benar?atau sekadar dipinggiran?suker dengan ayat berusaha menjadi yang soleh adalah lebih baik daripada berusaha mencari yang soleh...

Along Tapa January 22, 2011 at 3:20 AM  

nak carik yang ala ustad??susah tu soffea...tengok aku...khatam darjah khas sekolah agama..ada sijil bleh kije kat pejabat agama...tapi aku taknak sebab aku lagi suka jadi nakal...pelik kan??

Gorengbaek - Tips nak nampak lebih muda...psichologically...

Hangit Habis dah - Ko ingat aku kisah kalo ko pandang slack??!

Unknown January 22, 2011 at 3:38 AM  

nak jadik ustad laa,,,hehhe

Asri Alam January 22, 2011 at 9:30 AM  

aku ada dua kawan ustaz rock. seorang tu gitaris band kami. main gitar layan metal. lepak kedai kopi kaki ceramah. adoi la..

seorang ustaz racer, kaki modified. bawa kereta mcm pelesit ibarat yakin dah cukup bekal pahala..

ustaz skg dah makin canggih ya.

Cikgu Tie January 22, 2011 at 10:05 AM  

Ustaz juga manusia yang tak pernah lepas dari membuat kesilapan,cuma mungkin ilmunya saja yang lebih sikit dari kita sehingga boleh menjadi ustaz.

Hana Faza-same person January 23, 2011 at 6:26 PM  

Alhamdulillah, impian akak pon sama dan kini sudah pon tercapai..malah jauh lebih dari apa yg akak harapkan..

cumanya, suka akak kongsikan pada soffea. berdoalah supaya jodoh kita dengan orang yg alim agama dan tinggi amalannya..
tak guna kalau khatam sijil sekolah agama tinggi2, pergi mengaji mesir sebagainya tp penghayatan pada diri sendiri takde..sia2 aje ilmu yg dicari tu..

tak kisah apa pon gelarannya, yg penting berdoa dia yg banyak ilmu agamnaya dan baik penghayatan dan amalannya..

insyaAllah, Allah Tahu isi hati hambaNya..

soffea January 27, 2011 at 9:43 PM  

puteri iqa:
o yea?? penah la jumpe die live? bestnye. hehe.


miss rara:
yes. sama la kita :) jom. sama2 menjadi yg lebih baik. insyaAllah~


iman:
dh lama jatuh cinta ngan akhil hayy. tp dulu la. cinta dah pudar. hahaha.



echah:
wah. sama!!! gimme 5 :) betul. dh takde jodoh kan. takpe lah. Allah knows the best for us kan~

soffea January 27, 2011 at 9:45 PM  

brilliant marjan:
salam kenal. thanks sudi komen n share ur thoughts here :)

thanks sbb agreed. sy menulis dr hati :)

yup. setuju. so, mari lah sama2 mula dr skrg, berusaha menjadi yg solehah. insyaAllah~

soffea January 27, 2011 at 9:46 PM  

ijat:
setuju. yg penting keikhlasan. dn dengan asas agama yg kukuh, segalanya insyaAllah sentiasa dlm landasan yg betul. dn mendapat keberkatan Allah. insyaAllah~

soffea January 27, 2011 at 9:48 PM  

along:
haha. ustaz nakal pon best ape. cuma biarlah berpada kan :)


nub:
hehe. sila lah.. market tggi tu. hihi~


sasa:
yup. ustaz stylo mylo tu yg best. cuma, ya lah, biarlah dpt m'bimbing kita dgn baik kan~

soffea January 27, 2011 at 9:49 PM  

cikgu Tie:
setuju. tapi kdg2 dgn ilmu tu lah ada yg memutar belitkan sesuatu semata2 nk pertahankan diri. bahaya jugak tu kan~

nauzubillah~

soffea January 27, 2011 at 9:49 PM  

syam:

ustaz nazmi?? hye ustaz nazmi. hehe.

soffea January 27, 2011 at 9:53 PM  

sis hana:

akak!!! saya suka nasihat akak.. insyaAllah kak.. sy cuba amalkan doa tersebut. betul kak. yg penting penghayatan dalam diri. kalau tidak, tak guna ilmu tinggi mana pon..

thanks kak hana :)

sy pon mahu jd mcm akak jugak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP