Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

“Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Tak Guna Juga!”

>> Sunday, August 1, 2010

Salam. i've found this article, somewhere in FB. article nie cm BEST skit sbb menyentuh tentang org2 yg memperlekehkan perempuan yg bertudung. lain org lain pendapat.i hope this article leh tolong kita, sedarkan ape2 yg perlu kite sedar. bukan niat nak tunding jari mencari salah siapa, atau menunding jari mencari siapa yg lebih benar. tapi ini yg perlu kita tahu. and for me, i do enjoyed reading this. dpt beri keinsafan kepada kita. baca lah.. tak rugi~

______________________________________________________



Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawapan yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tetapi dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung. sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Tak Guna Juga!” sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syariat-syariat tertentu didalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini. kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)


Allahu a’lam


_________________________________________________________

sama2 lah kita memperbaiki diri ya. saling ingat mengingati antara satu sama lain. secara peribadinya, aku memang insaf la.. insaf. insaf.



pssst. tmbahan: kdg2 aku pon terase cm diri sendiri tak betul. dn kadang2 org pon penah dok mengata kat diri kita. konon je bertudung. tapi? tapi?tapi dn tapi tapian lagi.

and through this article, i've learned sumthing: "bersangka baiklah dgn semua org~" dan dan dan, "kite perlu sentiasa berusaha mengubah diri ke arah yg lebih baik". kalau skrg dh cantik bertudung, hiasi lah dgn keperibadian yg cntik pula. insyaAllah~



18 comments:

Sunyi August 1, 2010 at 2:31 AM  

soffea, i sangat suka artikel ini. I penat kadang2 nak jelaskan bile orang kasi persepsi perempuan bertudung pun jahat juga. I dulu ta pakai tudung tau.. I taktaulah apa yang i kejarkan sangat sampai bertudung dulu rase beban sangat. Sebenarnya Islam tu sendiri mudah. Rugikan mase muda I aje.

Anonymous August 1, 2010 at 10:52 AM  

hurm tak boleh nak judge mcm tuh.dulu saya tak bertudung now dah bertudung.so bila bertudung akan pupuk diri kita berubah sedikit demi sedikit:) jadi kita kat dunia ni tak boleh nak memperlekehkan perempuan yg bertudung.mmng betul ta semua bertudung baik dan ta semua ta bertudung tak baik.2 2 sama sahaja.semua terletak pada diri sendiri.who are we to judge ?hanyya allah sahaja yang tahu.ada otak dan fikiran boleh fikir dengan sebaik2 nya bukan?

senandung semalam August 1, 2010 at 1:35 PM  

bg sye pkai tudung ke x pkai bergantung pd niat pemakainye...
sbb skarang pkai tdung x smstinya baek..bukan nk memperlekehkan org pkai tudung tp tu kenyatan nye skarang..
actually jgn slahkan tudung tp si pemakai nye...
n org sekeliling pun salah..
dorg x patut kaitkan attitude org tu dgn cara pemakaiannye...

Unknown August 1, 2010 at 1:50 PM  

suka entry ni..btl tu...xsemestinya btudung itu baik...tpat least kite berbuat sesuatu yg wjb semata2 ats keredhaan ALLAH swt..
kalo salh btulkan:)
nice blog..nice entry.followed

Anonymous August 1, 2010 at 2:58 PM  

bersetuju dengan senandung malam 100 hundred percent pakai tudung ke tak pakai,its not the point.tapi yang penting adalah diri kita.siapa kita untuk menilai.ALLAH tuh maha kuasa.siapa2 sahaja berhak ke syurga dan nerakaNYA.SEMOGA KITA JAUH DARI NERAKANYA.AMIN.

Nas August 1, 2010 at 7:28 PM  

info yang menari..tapi susah nak share coz xde button fb share or tweet..huhu...
tapi aku lebih suke orang yg memakai tudung drpd orang yg xbertudung awlaupun orang freehair tue baik perangai...huhu..tapi xmao la perempuan bertudung tue gedik3 lak..huhu

jom bace entri terbaru nas klik:

gadis sembang lucah dalam facebook

Fane Davis August 1, 2010 at 9:16 PM  

sanagt suka article ini...ingatkan saya sorang jak yang berpendapat macam ini...

Encik MamaT August 2, 2010 at 11:15 AM  

manusia ni mcm2... isteri saya pakai niqab dikatakan belajar ajaran sesat... pakai tudung labuh orang kata mcm2... niat tu penting... ubah persepsi... mungkin kita pakai tudung... tapi semak balik... kita hanya pakai tudung.. sedangkan yang dituntut ialah menutup aurat... bukan menutup kulit.... eh... sama ke.. argh.. layan..

soffea August 3, 2010 at 11:22 AM  

m.i.a : yup. manusia. biase la. suke nak judgeorg len pdhl diri sndiri tak betul kan.. bersyukurlah kite masih mendapat hidayah n petunjuk Allah. takde ape yg perlu u sesalkan. everything happened for a reason. teruskan ok ;) yg penting adelah kite sentiasa memperbaiki diri, n menjadi yg terbaik hari demi hari. insyaAllah~

soffea August 3, 2010 at 11:25 AM  

c.a.k:

hey. thanks for ur opinion. i do agreed wif u. bertudung atau tak, yg penting diri kite sendiri. tak perlu nak kutuk2 org bertudung. at least die bertudung. mcm yg article nie mention la.. at least, kite dh laksanakan 1 tuntutan dlm islam iaitu menutup aurat. cuma kite kene same2 tingkatkan diri untuk mempercantikkan lagi keperibadian kite. berubah. org yg baik itu sentiasa cuba utk memperbaiki diri. sama2 la kita beristiqamah. insyaAllah~

soffea August 3, 2010 at 11:32 AM  

ishma:

niat itu penting. betul. yg penting, kite sebagai manusa takde hak pon nak judge2 org melalui pemakaiannya. betul la. tak sume yg pakai tudung tu baik. dn belum tentu yg tak bertudung tu terang2 teruk kan.. tapi bg kite yg bertudung nie, adelah baik kirenye kite sentiasa beringat untuk sentiasa menjaga imej kite. mungkin dr situ kite dpt membentuk keperibadian yg mulia. insyaAllah~

soffea August 3, 2010 at 11:35 AM  

echah:

hyep. yup. a nice article. that why i just copy n paste it here. just wanna share. moga2 ade keberkatannye...
hey. love that point. at least kite melaksanakan satu tuntutan agama. alhamdulillah. tinggal nak menjelitakannya je lagi~


c.a.k:
yup. i do agreed with senandung semalam. yg penting, kite sentiasa memohon petunjuk dr Allah. tak semestinye org yg jahat tu akan terus jahat. n tak semestinye org yg baik tu akan kekal baik. yg penting doa. miga2 kite semua dijauhkan dr nerakaNya.. aminn~

soffea August 3, 2010 at 11:38 AM  

nas:

huhu. tu la.. i tak pandai la nak letak button tu. ajarkan please.. hehe.

yup. mesti lelaki akan ckp cmtu. kalo boleh nak yg elok diluar. tapi harap2nye elok lah jugak di dalam ya~ so, sebagai wanita yg bertudung, mari2 kite perelokkan lagi peribadi kite ;)

soffea August 3, 2010 at 11:39 AM  

fane Davis:

owh.. relly? hope this article will clear everything ya. thanks for ur compliment ;)

soffea August 3, 2010 at 11:45 AM  

encik Mamat:

yup. manusia memang macam2. paling tak best manusia yg suke nak pk macam2 n cakap macam2, dan juga judge macam2. manusia memang tak boleh nak tgk org lain senang. padahal same2 manusia juga kan? huhu.

suka itu: yg dituntut adelah menutup aurat, bukan menutup kulit. insyaAllah.. akan cuba diperbaiki ;)

NAZ August 3, 2010 at 1:00 PM  

aangkat tanga setuju :) maaf i selalu pandang serong pada orang pakai tudung haha

soffea August 3, 2010 at 10:58 PM  

naz:

owh. really. hey. kne tukar persepsi itu. jgn sbb kerana nila setitik, habis susu sebelanga, kan? hehe =)

Syafiq Mokhtar March 28, 2011 at 1:05 AM  

istiqomah,pedulikan ape org cakap.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP