Appreciate them~ thanks.
Appreciation. Thanks a lot ;)
>> Tuesday, June 29, 2010
warkah buat kamu yang telah melukai saya
>> Saturday, June 26, 2010
hey kamu.
kenapa tipu saya?
kenapa dustai saya?
kenapa?
hey kamu.
kamu beri harapan.
kamu beri impian.
kamu beri angan-angan.
tapi semuanya PALSU.
Kamu. ya. Kamu.
kamu lamar. kamu yakinkan.
kamu kuatkan harapan.
kamu kelihatan bersungguh.
kamu kelihatan ikhlas.
semua untuk yakinkan saya.
pertimbangkan lamaran kamu.
kamu beri masa.
ya. saya pertimbangkan.
saya. berfikir.
saya. bukan yg terbaik untuk kamu.
saya. tahu.
saya tidak layak untuk kamu.
tapi kata kamu, tidak mengapa.
nanti kamu akan didik.
Jadi yg solehah. insyaAllah.
_________________________________
Kamu. Kamu.
kamu diam. kamu menjauh.
tiba2. kamu dingin.
saya. sabar.
saya. cuba faham.
zina hati mahu dielakkan.
saya. belajar.
mengawal hati.
kamu. masih diam.
saya redha.
mungkin bukan jodoh kita.
___________________________________________
kamu. kamu.
datang kembali.
bertanya khabar.
saya. membuka cerita.
luahkan rasa.
saya menjadi tidak yakin.
kepada kamu.
kamu.
masih cuba.
memberi harapan.
meyakinkan hati.
bertanya andai sudi menunggu 2 tahun lagi.
_________________________________________
malam ini. ketika ini.
kamu, kamu.
kamu selindung.
kamu berbohong.
kenapa?
kamu.
baikkah begitu?
memberi harapan dan menghancurkan?
melukai hati dn menggoreskan rasa?
baikkah begitu wahai kamu,
yg digelar ustaz?
kamu.
semua sudah saya tahu.
tetapi.
bukan dari kamu sendiri.
kamu. kamu.
ya. kamu yg berada di Mesir ketika ini.
yg akan menyambung Master tidak lama lagi.
yg akan tamat 2 tahun lagi...
saya sudah tahu.
rupanya.
KAMU SUDAH BERTEMANKAN ISTERI!~
Kamu.TERIMA KASIH.
kerana.
menghancurkan hati saya.
menyakiti perasaan saya.
melukai jiwa saya.
mencelarukan emosi saya.
TERIMA KASIH.
Kamu. ingatlah.
hormat saya pada orang seperti kamu.
tiada lagi.
org yang berselindung.
disebalik keALIMan yg ditopengi.
orang yg berpura.
walau punya ilmu agama yg tinggi.
kamu. saya senyum.
TERIMA KASIH atas pemberian rasa kecewa ini.
semoga kamu diberkati.
jahil atau alim, semua seakan serupa.
hadir untuk menyakitkan.
kuat soffea.
ada hikmah.
Yakin pada Allah =)
Today is Friday. Yeay =)
>> Friday, June 25, 2010
Yeay. Today is Friday. Haha. Dh mcm ape je asyik today is.. today is.. tau la primary school teacher pon. Hehe ;)
Heyhey. Arini Jumaat. Yes. Dh weekend. Leh la rehat2kan diri. Ecece. Konon~ Padahal program dh beratur baik punya. See. See. Teacher Soffea nie mmg kuat merayap kan? Eh? Bukan BUKAN ke? Haha.
Actually arini ade appointment kat Ipoh. So, need to drive there today. Tp bkn sorang2 la. p Malim Nawar dulu, umah zue. Pastu bru p menghadirkan diri utk sesi itu. Wah. Mcm nervous je rase. Mcm excited pon iye jugak. Tapi mcam NERVOUS itu MEMANG IYE. Sgt2 kot. HAHA. Apakah? Ehem. It’s a SECRET~ . doa2 la semuanya dalam keadaan yg baik n akan berjaya ya?. Cepat, cepat !!Tadah tangan. Nak doa nie ;) aminnn~ InsyaAllah =)
Ok frens, followers and readers, do enjoy ur weekend ya. Have a nice day =)
Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungan rahmat dan keberkatan Allah selalu. Aminnn~
Read more...FACEBOOK IS A SERIOUS SOCIAL NETWORK!~
>> Thursday, June 24, 2010
FACEBOOK IS NOT A SERIOUS SOCIAL NETWORK!~
Back to my own~
>> Wednesday, June 23, 2010
Note to self ;)
>> Sunday, June 20, 2010
hyehye. skrg nie ade kat hotel BlueRay kat Lumut together with my lovely family, except along la.. die keje. takleh nak join skali. huhu.
tadi smpai Lambor dlm jam 2 pm la cmtu. dok solat jap. pastu siap2 trus p Lumut. smpai sini dlm jam 3 pm. so, mcm tak sempat nak p Pangkor kan. jadinye, stay sini je la.. hehe =)
tadi malam jalan2 along the waterfront pas makan. sblom balik, safuan n sufian dok beli burger. giler banyak dowh. pastu mcm pelik. dorg beli 'burger 3 rasa', 'burger mafia', n burger arnab. haha. menarik kan? so, balik hotel, mari bedal sume. yeah. sedap. nti kalo korg dtg Lumut, meh la cari stall burger nie eh. kat medan letak kereta. tepi jalan je. ece.. promote. hihi.
ok la. sok. nak jalan2 lagi. pastu membeli2 la kot.
nie dh nak tdo. tadi makan ubat batuk. cm ngantuk plak. ok. hope to get well soon.. huhu.
ala. esok dh last cuti skolah. huhuhuhu :'(
eh?
tomorrow never dies. eh? eh?
>> Saturday, June 19, 2010
Membantu mengInsafkan ;)
>> Friday, June 18, 2010
Wali – Tomat (Tobat Maksiat)
dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat
bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat
astafighrullahal’adzim
reff:
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuman satu kali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat
cepat ucap astafighrullahal’adzim
pandanglah ke sana
lihat yang di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka
astafighrullahal’adzim
repeat reff
cepat ucap astafighrullahal’adzim
repeat reff
cepat ucap astafighrullahal’adzim
cepat ucap astafighrullahal’adzim
sukarnya memilih PENEMAN hidup. haih (-_-')
>> Tuesday, June 15, 2010
haih. salam.
awal2 lagi dh mengeluh. apehal beb? huhu.
actually, betul2 dalam dilemma nie. tak tahu nak pilih yg mane yg terbaik. pujaan hati atau kemampuan diri? aiseh. dh macam pilih pasangan hidup. tapi betul la nie. on d way nak memilih peneman hidup. nti pas pilih n betul2 dh pasti, boleh la aku merayap!!! waaahh. tgk nawaitu tu? agagaga~ kantoi kuat berjalan eh.
gempak je perenggan pertama di atas ya murid2. nie. tgh pening nak beli keta. kalo i nie bergaji besar, BEST jugak ooo.. dpt je beli keta best2. haih. tak baik la soffea. BERSYUKUR la anda. dush2!~ ok. ok. main2 je tadi.. weeee~ cover2.
- Naza Forte
- aku: sgt cantik. dah la warne merah giler. memang giler la cantik. aku pon macam dah jadi gila. sbb aku memang gila warna merah. hey. kamu. sudah jadi gila membaca blog gila ini? eh. tak. tak. gurau je. tibe2 nk buat iklan. HAHAHA.
- aku: beb. cantik siot body forte nie. walla. sgt sporty. waaa.. i'm so in love with u la, MR. F..
- aku: abah, forte cntik kan? berape ek?
- abah: cantik. tapi kalo KIA or NAZA nie, salu takde second value.
- mak: Persona pon cntik jugak.
- aku: haa? takmo. kan abah dh pkai persona. huhu.
- conclusion: abah tak suggest beli NAZA FORTE. sooo...
- aku: redha je la. baiklah. sy serahkan pada yg pakar.
- satu ari atas highway: perghh.. lawa siot keta ko. owh.. Honda civic. i heart u la. er.. ur car.
- mlm tu call abah.
- aku: abah, tadi angah nmpak Honda Civic. cntik giler. berape ek?
- abah: hehe. memang cntik.. erm. dlm RM 100,000 tmbah tambah dn tambah lagi. haha.
- aku: erk? mahalnye? tak mampu la.. tapi giler sporty. cntik.
- abah: die dh make up kot.. sbb tu la. HAHAHA.
- owh. abh gelak ye? agaga~ aku lemah la bab2 keta nie. tau tengok cntik n sporty je. weee ~
- abah: pastu cmne? Honda City? taknak?
- aku: ala... tak minat sgt la. huhu.
- aku: eh. lawa la plak Honda City nie kan? erm... tapi. sbb ko ade kaitan ngan someone., tu yg buat aku tak suke kat ko la HondaCity. tapi takpe la. kire ok kot~
- aku: abah, Honda City ok tak? bulan2 berape ek?
- sesi perbincangan bermula. potpetpotpet~
- abah: dlm RM 800 lebih sebulan.
- aku: erm.. boleh kot. kne struggle utk berjimat la cmni.
- abah: Amek Persona la. taknak? Persona baru cntik~
- aku: huhuhu.
- aku~dlm ati: alaaaa... tak minat la Persona. tapi betul laa..Persona murah skit. tak la sakit nak bayar.
- conclusion: abah kesian kot aku nk byr banyak sgt. adeh. kesian gak la kat diri sendiri. baiklah. P.e.r.s.o.na. ~dgn berat ati~ huhu.
- petang tadi singgah kat Giant Gombak sblom balik Bentong. and ade show kat situ. car show. something like that la.. pergh.. ade Honda Civic. cantik siot. ade NAZA Forte. giler cantik jugak. nasib aku tak jadi giler kat situ. huhu.
- pastu nmpak Vios.
- aku: ala, tak minat sgt la Vios nie. depan die macam kontot. hahaha.
- sopian: Vios nie cantik kakak. p la tanye org tu~
- aku: tapi depan die tu. huhu. org nak yg panjang. nmpak cm best. haha.
- sopian: haha. kalo pendek, takde la nak langgar depan. hehe.
- mak: HAHAHAHA. ~eh. mak gelak besar? tak. tak. mak gelak hihihihihi saje.~
- aku: takpe la. amek je kertas promotion tu dulu.
- aku: cmne abah?
- abah: lebih kurang ngan City la. RM800 lebih2 sebulan.
- aku: waaaaaaaa!!~ Persona juga la ni? huhu.
susah kan bile nafsu menguasai diri. HAHAHA.
ok. mak pesan; "ikut kemampuan kite". baiklah mak.
jadi, rase mcm dh menemui keputusan. PERSONA je la.. eh. nape mcm tak ikhlas je? ye. ye. aku ikhlas nie. Personaaaaa... i need u. hehehhee ;)
haha. nway, aku memang sgt CHENTA sama ini Honda Accord. giler. smart dowh. nmpak je kat mane2, mesti tertoleh toleh dn toleh dan toleh dan lagi dan lagi. i HEART u with all of my HEART la MR Accord. tengok. tengok. dah gila. tapi... takleh la wei. kau tu.. sape suruh kau jual mahal sgt? sombong la u nie. huhu.
- aku: perghh. kalo aku beli Accord nie, lapar2 je, makan kereta je la jwbnye. umah pon dh tak mampu nk sewa, dok dlm keta je la. HAHA.
haih MR Accord, kan best kalo harga kau mcm Kancil, tapi body still HondaAccord. HAHAHA. G.I.L.A!~
contest by myself ;)
>> Sunday, June 13, 2010
Jom kawan2. walk away together =)
pastu bosan kat FB, walking2 blog. hep. i memang suke jadi silent reader. kantoiii. ngeh2~ pastu bosan2, balik rumah kat FB. and i've found something interesting. actually kat wall frens aku. so, aku copy paste sini la ye. kata hamba Allah ini...
"assalamu`alaikum.kepada semua sahabat sahabiah,adek abg kakak sepupu sepepat..hik3...akaun facebook saye nieh akan di delete esok hari sebab sudah bertukar kepada millatfacebook....jadi anda bila lagi utk kita berhijrah ke millatfacebook...delete jer facebook niehh...ada fb tidaklah terlalu ... ...sangat... menguntungkan..tidakl...ah pula tiada fb merugikan sangat...jom pakat² challow dr fb yok...tetapi apa yg saya lihat...admin facebook telah membuatkan setiap org yg menggunakan akaun facebook akan menjadi ahli di dalam facebook seumur hidup..sekiranya anda tidak percaya...cuba kamu orang cuba delete akaun facebook...akaun tersebut akan tetap ada...ini lah cara admin facebook memainkan kita selama ini...data maklumat kita ada pada mereka walaupun kita sudah tidak berkehendakkan mereka pada saat ini....anda cuba dan anda lihat sendiri...marilah sama² kita bertukar ke millatfacebook...sekarang ni millatfacebook sedang di serang bertubi² oleh admin fb , cia , dan konco² mereka FB dari U.S.A dan badan yang seangkatan dengannya.."
..
..
so readers, jom la kite ramai2 sign up and join http://www.millatfacebook.com jom same2 kite meriahkan kt sane plak, mcm kite meriahkan FB.
and yeah. lupe nak bg info. actually millatfacebook is a social network yg dibangunkan org org Islam. bkn cm FB yg ade kaitan ngan Israel. so, aku rase baik korg google la pasal millatfacebook nie. mesti pakcik Google boleh bgtau korg dengan lebih terperinci setiap inci. nak2 kalo die bg link wikipedia punye. pergh.. abg wiki memang wakakawakiki wacayasamalu la information die. so, sile. sile. google skrg. hehe.
and aku dh sign up pon. bile tah. lupe. baru gak lagi kot. and memang sgt terkial2. even sorg kwn pon takde lagi nie. sbb still dok explore2 function2 kat situ. and yg best nye, aku DAPAT je upload picture aku yg aku nak upload kat FB tapi FAIL tu. DAPAT JE. DAPAT JE. saje nak berlagak kat FB. haha. DAPAT upload kat MillatFB. DAPAT. DAPAT. heh. enough soffea. =)
Jadi, ape tunggu lagi? ape pikir lagi? marilah kite beramai-ramai, berduyun-duyun menSIGN-UPkan diri di millatfacebook ye. sile klik. sungguh mudah bukan? semudah abc123alifbata. Mari kawan2. mari rakan2.
ececece.. promote mcm poyo giler. ingat ini jualan gudang gedung membeli belah ke~ so. jom la join. takpe. mula2 memang agak boring. terkial2. tapi pastu akan ok. jom~
KETAGIHAN ku kembali semula. help. help. i'm really ADDICTED to it!!!~
>> Saturday, June 12, 2010
pergh. picture permulaan entry sgt takleh blah. hyep. hyep. anda. lihat. aku byk giler mase terluang okies. jadi, untuk mengelakkan masa terluang ini terbuang begitu sahaje, aku pon menjalankanlah hobi di mase lapangku yg memang tersangat lapang. cop. cop.. sile ingat 5 perkara sebelum 5 perkara: "lapang sebelum sempit". baiklah. tibe2 insaf. weeeee~
beginilah keadaanye di ketika lapang. ape org kate, hobi? ah. cmtu la.. hobi aku yg utama ialah, m'surf internet. eh. tak. tak. aku rase itu bukan lagi hobi di mase terluang. kerana itu telah menjadi cita2 ku. hah? apakah? haha. keje2 m'surfin' internet tu mmg selalu dilakukan even tak terluang pon. masa tersempit pon sebok nak surf gak tau. curi2 mase.. berubah sekarang soffea. tak baik mencuri. heh.
dan dan dan, di saat2 yg sangat terluang tak tahu ape nak buat sebab dah bosan nak buat bodoh tanpa sebab; aku pon kembali kepada kegilaan ku dahulu: camwhoring!!~ ouh. know whut. giler lame tak menjalankankan aktiviti berfaedah ini. sbb takde mase yg sgt terluang. haha. pastu edit2 pictures bagi nmpak macam best. bajet best je la. pdhal org len edit lagi gempak dowh.
n, gilerrrr lah. kegilaan itu mengembalikan semula ke-addicted-an aku. haha. pelik? tak kot. sbb aku betul2 leh addict ngan aktiviti berfaedah mcm nie. perlu distopkan dgn segera. kalo tak, rosak kamera k. haha. nasib jugak kamera pndai nk habis bateri ekkk. he3~
ini hasil dr aktiviti kehobian aku yg telah dispent dgn begitu berfaedah sekali. hehe.
thx la sudi view n bace.
just wanna share.
peace all (^___^)v
Kalau Allah nak tarik nikmat, sekejap je~~
>> Wednesday, June 9, 2010
Kalau Allah nak tarik nikmat, sekejap je~ musibah itu ujian. ujian itu ada hikmah. n kesakitan itu penghapus dosa2 kecil. mudah2an kite sentiasa dibawah lindunganNya. aminn~
tapi time nie, aku da batuk2. bersin tak henti2. i got flu n cough. huhu. and plus, headache. Ya Allah... nikmatnya kesihatan yg kau beri sebelum ini. Ampuni lah hambaMu ini. semoga segalanya dibawah lindungan dan rahmatMu.. berkatilah hidupku, aminnn~
Realitinya Fantasi~
selamat pagi malaysia!!!~
haha. giler poyo.
pergh. arini bangge sebab bangun awal di hari cuti persekolahan. tapi agak lewat la dr mak. pasalnye, mak da p pasar pon. aku nak ikot.. huhuhu. :'(
da on9 pagi2 nie.. dok tgk IMAM MUDA kat youtube. sgt best la reality show nie. rugi beb korang kalo tak follow. anyway, nak sentuh sikit la pasal reality show skrg nie.I think that sume org dh kenal sgt kot pasal AF, Mentor, OIAM, Idola Kecil.. and tah pape lagi kan. sume reality show ni salunye nak cungkil bakat utk jd penyanyi, pelakon,atau kite sekaliguskan terus; jd penghibur.
ya. minat org kan. suke ati dorg la. dah bakat die. tapi aku mcm tak faham, kenapa perlu kite lambak2kan lagi penyanyi kat Malaysia nie. padahal aku tgk, mula2 je gah bukan main. last2, tak ke mana jugak.. bile org da bosan, terperuk je la kt tempat sendiri. jatuh miskin. pastu mcm takleh nak ihktiar utk hidup dgn cara lain. and then kecoh2 masuk melodi utk diterjah konon2 dah susah n takde job. mula nak mintak belas ihsan org. huhu.
ok. tipu la kalo aku kate aku tak tengok LANGSUNG kan. aku tgk gak. tapi bukan FANATIC smpai takleh miss langsung. smpai nak beli poster ke, nk beli album ke. atau smpai nak terjerit2 tgk dorg2 nie perform. atau jugak, smpai nak nangis2 bile dorg terkeluar. pastu sebok2 nak undi sms utk AF masuk. hahaha. mcm kelakar. sgt kelakar. nasib aku bukan mcm itu. setakat tgk separuh je pon. bosan la.
sentuh lak psl calon2 reality show nie. aku tak paham kenapa:
- 1- Parents dorg beria nak nangis2 bile anak dorg terkeluar dr program tu. macam nak sgt anak jadi artis. kenapa? best ek jadi artis? bukan nak kate la kan... sedangkan artis sendiri pon pernah buat statement yg "selebriti Malaysia tak layak jadi Ikon", nape sebok2 nk jadi artis gak?? bukan la aku kate "rakyat jelata a.k.a org awam yg bukan selebriti sgt layak menjadi ikon", tapi dr statement tu kite tau la kan, once u dh tergolong dlm dunia selebriti nie, akan byk dugaan. tinggal diri sendiri yg kuat tak kuat je. dunia selebriti mmg penuh dgn kepalsuan. tepuk dada, tanye iman~
- 2- Parents ~parents lagik?~ sebok bg sokongan kat anak2 dorg yg masuk program bwh umur mcm Idola Kecil. adeh. aku tak penah la tgk cite nie smpai habis. tgk separuh2 je. sebab aku pelik. dorg nie, ade mase ek nak sebok2 menyanyi? buat latihan la knon. pastu budget mcm AF kot. tak padan ngan budak kecik. haha. ape faedahnye? dpt banyak duit? hidup memang duniawi semata2 ke? huhu. kan lebih baik kalo parents kat malaysia nie bentuk anak dorg elok2. elak2kan dr benda2 tak berfaedah cmnie. iye. kalo betul die ade bakat pon, tggu la die besar sikit. bile dh terlalu matang utk menilai baik n buruk. sedangkan org yg matang pon boleh tersasar. apetah lagi Idola Kecil.
- 3- Family sgt beria. tgk je mcm Mentor aritu. sgt bersungguh2 marah bile adik die dikeluarkan and tukar ngan org len. adeh. aku rase sgt nak tergelak. tak paham nape sebok sgt nak jadi artis? maruah tercalar la konon.. lebih baik cegah sekarang drpd nanti2 adik anda tu jadi artis, pastu perangai lak mcm sorg pelakon yg jd anak pontianak tu. astaghfirullah. itu lagi lah memalukan. buat plak statement yg macam innocent and mcm takde harapan nak insaf langsung. lagi menjatuhkan maruah.. nti put a blame on parents plak; contohnye mcm salahkan parents bg nama "dotdotdot al islam" kat die. sgt memalukan bukan? beb. kate org, mencegah itu lebih baik dr mengubati bukan? pk2 la~
- 4- si calon2 yg memang mcm excited giler. n sgt hipokrit. ok. ko pakai tudung. bagus la. pastu dlm journal konon2 ko malu nak menari over2 sbb imej ko yg bertudung. waaa... impress betul aku sbb die ade perasaan malu. and imej tu seakan batasan bg die utk over. tp lame2 aku tgk, cis. mmg hipokrit. ala, ngaku je la kan ko tu mmg perangai mcm tu. bergaul mcm bebas. p karaoke, terlalak2 jugak. mane malu ko konon2 tu? haha. mcm kelakar. yg sorg lagi plak, sebok tukar imej. highlight rambut ok. sah2 la tak solat kan. air smbahyang boleh lalu ke?? i don't think so. sbb aku rase die tak pakai brand syurah pon. sume nie memang membentuk diri menjadi hipokrit n tah pape. sgt rugi bukan?
tu je la yg aku tak paham kenapa. and this is my opinion. dr pandangan n pemerhatian aku. mmg aku tak suke la reality show yg macam nie. sebab dh banyak sgt kot. macam2 sgt. pastu mcm dh terlalu over lak skrg nie. sume pon sebok nak jd selebriti. ape kate dr kecik, belajar rajin2, sungguh2, bile besar, dpt la keje bagus2. pastu takde la sebok nak jadi artis sbb knon minat sgt. padahal saje nak cri jalan mudah utk hidup mewah. kalau berjaya. pastu dh berjaya, lain plak halnye. jadi public figure nie berisiko tggi. kalo kau public figure yg memberi contoh yg baik, alhamdulillah. tapi kalo sebaliknye? nauzubillah~
and sbb tu la aku sokong sgt reality show mcm Akademi Al-Quran, Imam Muda, and etc. sebab, bile kite tgk, kite akan dpt something. bukan hiburan semata2. tapi something yg bermakna. dpt tambah ilmu pengetahuan kite. tapi jangan la plak kau sebok tgk, waa.. handsomenye imam muda nie.. sejuk mata.. haha. aku rase kalo nak kate hensem, ramai lg yg AF, Mentor, OIAM, etc tu yg lagi2 ensem. tapi seakan hampeh. tak gaya ketua keluarga yg boleh jadi Imam pon.
And sebenarnye cite2 yg bersifat keagamaan mcm nie, adelah salah satu makanan rohaniah kite. hati akan terdetik rase keinsafan. contoh mcm time dengar Imam-Imam Muda tu bace talkin. sgt sayu. mcm tibe2 baru sebok nak insafi diri. adeh la~~ kan lebih elok begini. calon2 Imam Muda pon, makin hari, makin bertambah ilmu pengetahuan dorg. and kite yg tgk pon, dpt ilmu pengetahuan secara tak langsung. dpt muhasabah diri. and dpt jadikan dorg sebagai idola yg seharusnye dicontohi. seharusnya.
Jadi, ape2 pon, sume berbalik kat diri kite sendiri. Nilai lah sumenye sebaik mungkin. kalo minat sgt pon kat reality shows yg sgt2 nonsense tu, tak perlu la kot nak fanatic sgt. sbb ade org2 fanatic macam korg la program macam nie makin menjadi2. mendapat sambutan hangat la katakann~ haha.
minat itu terpulang. tapi kite dikurniakan akal fikiran untuk mengawal segala tindakan kite. bukan nafsu untuk mempamerkan kejahilan kite. wassalam~
pssssttt:
Finally =)
>> Tuesday, June 8, 2010
hyep. aku da ade kat umah.
yeay. smpai ptg tadi kat umah. adeh la. jauh gak kan Lambor ke Bentong nie.. 3 ari bru smpai umah. haha. padahal dok merayap umah ciknah n bergonjeng n beronggeng same2 ngan saadiah, sopian n sapuan. hehe ;)
sgt best. nti kite plan lagi ye guys. masing2 kepala bengong. sbb tu la. bukan main happy ye. gelak smpai lupa dunia~ haha.
anyway, pictures byk da upload kat FB. sni mcm susah la. nak drag2 lagi. aiseh. leceh. haha.
takpe la. sblom aku ngarut pjg2 lagi, baik aku tdo. penat drive dr klang smpai subang parade td. and pastu penat teman sopian drive dr Subang Parade balik ke Bentong. Penat. Penat. Penat tau. heh;)
nitey nite =)