Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

Single?? Allah sayang kita :)

>> Saturday, April 16, 2011



" PEREMPUAN YANG SUCI IALAH PEREMPUAN YANG DIJAGA OLEH ALLAH, TIDAK SEDIKIT PUN ALLAH MEMBENARKAN MANA-MANA LELAKI MENYENTUH DIRINYA WALAUPUN HATINYA KERANA ALLAH MENYAYANGINYA. TETAPI ANDAI KITA BERGELUMANG DENGAN CINTA LELAKI, DI MANA ALLAH UNTUK MENJAGA KITA? JIKA ALLAH DATANGKAN KESEDARAN DALAM DIRI SUPAYA MENINGGALKAN CINTA SEORANG LELAKI, BERMAKNA ALLAH MAHU KITA KEMBALI DIJAGANYA.



______________________________________________________


aku copy quotes ni dr member kat facebook. berulang kali aku amati. n ya, rasa nak like banyak2 kali. sbb tu jugak aku copy n posted kat wall aku. punye lah suka. tak cukup dgn tu, meh sini tempek kat blog plak. supaya nanti aku boleh baca berulang kali. as a reminder :)



ya, walaupon dulu pernah jugak bercinta atau ape, tapi tu sume dulu. past is past. ape yg jadi adalah pengajaran n pengalaman untuk p'bentukan diri yang lebih baik di masa depan, insyaAllah.. and i'm so grateful as Allah menjaga kita sebaiknya. anda, anda, anda, dan anda wahai wanita yang masih single, senyumlah. jangan mengeluh. jangan bosan. jangan rasa lonely. sebab, Allah sentiasa ada untuk kita.

___________________________________________________________________



satu lagi, nak share ini. copied from here ; Coretan untuk bakal Isteriku.



Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti ku pegang dalam misi mencari dirimu. “Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.” Sumber: Coretan Untuk Bakal Isteriku Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/renungan/coretan-untuk-bakal-isteriku/#ixzz1Jha86n00


-------------------------------------------------------------------------------------------------



the point is, menjadi yang solehah adalah lebih baik daripada mencari yang soleh. so, mari sama2 persiapkan diri menjadi yang solehah. nanti tak jumpa plak bakal suami yg menulis coretan untuk kita ni kan :) Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, ingat itu :)


Read more...

Nazir Persekutuan datang 'menyerang' di sekolah :)

>> Tuesday, April 12, 2011

Minggu ni busy giler. since ari Isnin aritu lagi sbb nazir Persekutuan dr Putrajaya dtg pantau sekolah aku, for 3 days ok. so, sangat2 lah busy. dengan fail2 aku yg tak lengkap lah ape. dah, nak wat camne. tak suke lah keje2 fail ni.


esok one of them ckp nak observe aku time Kajian Tempatan. fuh. nasib baik subjek elektif je. bukan teras. tapi kene get ready gak lah kan. apepon, wish me best of luck yerp. InsyaAllah.





eh. jap. i feel like, bagus gak kan bile nazir dtg pantau. sebab?

nanti update lain k :)



pray the best for tomorrow~

Read more...

Perempuan = materialistic + pisau cukur?

>> Sunday, April 10, 2011


hyep. salam :)

pergh. aku rase nak lempang diri sndiri je. sbb? konon2 macam nak 'hilang' kan diri le.. ingat ke lame la konon. ghopenye idak le lame benor. bunyi aje lebihnye. ate, tak elok sedih lame2. kankan? so, yg lepas biar lepas. n seriously, it 'taught' me; a lot.

________________________________________________________________

hm. pompuan = materialistic. (tiba2 masuk topic. terkejut tak? terkejut tak? layan kan aje~)

ha, sape rase die materialistic, angkat tangan!



hye. saya banyak dollarssss :)


actually. semalam aku p facial. ade la minah sorg ni. aku rase die org baru kot. baru signed facial course rasenye. kecoh giler ok. bunyi gedik pon ade. sebok dok cite kat amoi tu pasal ex-bf die nak kawin. then u know whut, die ade call ex-bf die (at that time), asked him to bank in RM300 in her account. huh. kate ex-bf... kate dah nak kawin... tp still bahasakan diri 'abg-syg' kot. dan boleh plak bg duit kt pompuan lain lg~ apakah?

aku bukan nak menyibuk hal org. tapi aku rase die tu jenis tak tau malu kot. come on la babe. kau nak mengikis duit org pon, p la buat call kat tempat lain. nape time buat facial tu gak? malu la beb. kecoh! sume org dengar kot.

pastu ade die borak2 ngan amoi tu. die ckp:


"ramai lelaki nak saya oo" (giler hebat kau!)

"tapi saya tak mau. saya suka main-main saja. best banyak boyfriend. boleh mintak duit."

errr.. pardon me.

"boleh mintak duit!" *kau nak pardon lg tak soffea?*

tak. dah cukup jelas dah.

1 bf = 1 pokok duit


Best banyak boyfriend beb! giler hebat pompuan ni. ramai lelaki nak kat die. hebat jugak lah sebab macam senang je die dok mintak duit kat bf, even ex-bf die pon. tapi itu die la. die je rasa hebat. pada aku, u r such err.. pompuan.. er.. materialistic kot? -berusaha mencari term yg sopan-


pilih2.
eh. ape pilih lak. pasang je sume jd boyfriend. senang nak gilir2 mintak duit~



Pompuan mata duitan.
yes. zaman sekarang giler banyak pompuan mata duitan dowh. aku? tak tau, tak tau. iye kot? kau nampak tak gambar aku kat header tu? apa gaya posing aku? tutup mata kan? kau nampak tak gambar kat atas, belah kanan tu? ape kah keadaan aku? posing (bajet) howt dgn shades kan? ha! mata aku mata duitan la tu. sbb tu kene tutup okkeh. takleh tengok. nanti terkejut kome! haha.


kenapa perempuan berMATA $$$?

dah name pon pompuan kan. nak beli handbag la, kasut la, baju lagi, skirt lagi, seluar lagi. shawls lagi, tudung fareeda lagi. oh. oh. banyaknye! itu baru tentang baju bajan. belum ckp bab penjagaan diri. pencuci muka, toner, sunblock, sabun, lotion, ape lagi? ape lagi? just name it. dan ya, maintenance diri pon nak skali. nak makan vitamin ni la, collagen tu la, pil cerahkan kulit la, innershine pati prune la, detox cleanx tea la.. giler! tapi tak cukup lagi nih. p pulak spa, facial, slimming course, saloon. arghh! baru aku sedar betapa perlunya pompuan bermata duitan. maklum la. i kan perempuan jugak :) harharhar.

sume jenis kasut ni haruslah ade dlm collections tau


dan ya,
bab bergaya stylish stylo mylo juga perlukan pelaburan yg tinggi woh. dah. gedik sgt nak berlabur utk barang2 berjenama sape suruh? padahal barang pasar malam kalau kau pandai mix match dan gayakan berserta confident yg tggi, sure lebih stylo mylo ais dowh. but yeah.. it's all about brand beb. brand!


cari bf nama FENDI please~


tetapi!

kalau anda melabur bersusah payah dengan keringat sendiri, tak pe lah. takde sebok2 nak terhutang budi kat org len kan. tapi yang tak best bile pergi mintak2 kat bf la, ex-bf la. n the worst is, ade yg pasang sugar daddy kot. astaghfirullah. nauzubillah.. mereka tidak ada ikatan yg sah pon dengan anda. paling teruk bila ada yg macam minah ni la.. pasang ramai2 bf sbb nak duit. huh. tak tau nak ckp ape. anda pikir sendiri la.


Jadi.
lelaki2. berhati2 lah ye. jangan lah terlalu manjakan gf ngan duit ke hape. aku tau ramai lelaki yg jenis kalau sayang kat awek, mak aih.. sume benda lah die nak belikan. takpe lah mahal cmne pon. asal u suke. asal u happy. kegembiraan u adalah cahaya dalam hidup i. ewahhh. tapi kadang2 aku terpikir gak. lelaki mcm ni mmg ah macam bagus. cuma aku rasa die agak errr.. how to describe ah? tibe2 speechless. *padahal tak sanggup nak mention* haha.

boleh nak bg, cuma ber agak lah. sbb sayang tu kadang2 tak cukup dengan hanya kata2 kan? mungkin ini cara korang appreciate each other. tapi kadang2 bagi aku, benda2 macam ni buat kita (perempuan) terikat dengan lelaki itu. bagi pompuan yg tak-berapa-nak-materialistic lah. yelah. dah asyik bg itu ini. so, lama2 mcm terhutang budi. n at one time bile rase mcm nak clash ke ngan lelaki tu, mesti macam terpikir kesian sbb die dh bg banyak benda. kang ckp aku ni itu ini pulak.


tapi kalau pompuan materialistic, "aku peduli hape. bye2 je lah. tapi not forever. sbb nanti kalau kau jd ex-bf aku, aku nak mintak duit jugak!" siapakah yg mcm diperbodohkan skrg ye?

................................... (isi tempat kosong pliss)

erkkk... bukan aku kata. korang yg kata~ ;)


yeay!! ini lah hasil drpd skill pisau cukur yg telah di practikkan~



aku tak tahu ape perasaan pompuan yg jenis materialistic + pisau cukur ni.
tak rase mcm bersalah ke ye?
tak rase mcm malu ke?
meminta2~ pulak tu dengan lelaki yg bukan pon sah menjadi suami. lelaki yang tanggungjawab die lebih kepada mak n family die. sedangkan anda tidak ada langsung dlm list tanggungjawab die. ish. malu lah. itu bru bab bf. tak kire lagi bab ex-bf. yg dh nak kawen tu. n tak mustahil lah bile die dh kawen pon, die still tanggung ex-gf die. kesiaaaannnnn isteri die. kan?



owh! abg tanggung ex-gf lagi ye? patut la hantaran saye sume hutang aje. nah. rasakan~

usop wilcha: " ate, ape lagi. kite bakor! kite bakor jee!~



dah. lelaki tu banyak duit lah soffea oi! lagipon lelaki tu yg gila2kan aku sgt! die yg willing nak tanggung hidup aku, nak bg aku duit!

oh. ye. salah lelaki kan. lupe plak. padan muka lelaki tu lah. diambil kesempatan oleh korang. orang yang pandai mengambil kesempatan ni memang orang yg 'bijak' lah. pandai mencari peluang. ye. ye. bagus. mari berikan tepukan yg gemuruh.


erm.. nak mintak duit utk ape lagi ye?
i kan 'bijak'. pandai mencari 'peluang' dan mengambil kesempatan~




beb. please lah, jangan ambik kesempatan atas kebaikan org. semua tu akan dikira di akhirat kelak.



Mari simpulkan.

lain org lain pendapat.

ek eleh. kuno la soffea nih. kau apehal beb? kau dengki sbb kau takde bf utk dimintak2 duit kan? haha.


eh. Assalammualaikum. it's not about jealousy or what. but for me it's about pride!

dulu aku bercinta jugak. n seriously, aku pon bukan lah jenis berkira. tapi aku jugak jauh sekali jenis yg meminta. sebab aku jenis yang malas nak 'melabur' dlm sesuatu perhubungan.


bukan ape, cuma nanti taknak lah ade penyesalan. paling tak best bile start ungkit mengungkit. mula lah nak suruh bayar balik la ape. mungkin.

Ya. cinta saja tak cukup untuk hidup. kalau p dating, sape nak belanja makan? kalau p tengok wayang, sape nak bayar? takkan sendiri2 kot. tak romantiklah kan~

itu lain lah. yg aku focus kat sini tentang meminta2 duit untuk kepentingan diri. untuk kesenangan sendiri. untuk bergaya2 macam kaya. padahal sume dipaksa sponsor. ini tentang kaki kikis, tentang pisau cukur. get what i mean? korang kan bijak. haruslah faham ape yg aku nk smpaikan~

_____________________________________________________________


eh. ni lelaki ke pompuan?


Ha! Lelaki zaman sekarang pon banyak yg materialistic woh. hati2 lah.

sebab tu lah, bercinta n berlabur biar berpada2. tggu kawin, baru nak ber-over2 ye :) itu wajib lah. dah tanggungjawab. lagipon kena lah susah senang bersama kan. tu kan kunci rumah tangga bahagia.

ewahhh. aku ckp macam lah aku dah berumah tangga. 'penanggung hidup' pon tak nampak batang hidung lagi nih. penanggung hidup dunia akhirat i mean~



soooooo!!!

berubah lah. jangan jadi materialistic. jangan jadi kaki kikis. jgn jadi pisau cukur. no no no no. tak baik tahu. kita hidup dan berbelanja biarlah dengan kemampuan kita. kalau rasa diri sendiri tak mampu, jangan cari 'mangsa' untuk 'memampukan' keinginan kita yang tinggi tu. maklumlah. perempuan kan ada 9 nafsu. yang penting, pengawalan nafsu. itu lebih baik.



Read more...

i'm really upset. I feel like giving up. Yes, i am :'(

>> Wednesday, April 6, 2011

YA Allah. aku tak tahu nak share kat sape. serious aku sangat down. moral down. semangat down. baby are u down down down down down, downnnn.. downnnn. ceh. ape nih nyanyi2 plak si Jay Sean ni? takde takde. still tak dpt menghiburkan hati yg lara ini~

-sambung balik emo down down takde semangat tadi-


sekarang dah bulan april. n serious aku rase azam tahun baru aku aritu still tak tercapai lagi. bukan aku tak cuba. cuba. cuma ya, mungkin keadaan tidak mengizinkan buat masa sekarang. takpe lah. insyaAllah. the time will come.

today. and lately. i'm busy. i've got so many things to be settled. n ya, tambah satu lagi bebanan otak n perasaan juga masalah arini which makes me sgt2 hilang semangat. serious. hilang semangat.

so, aku mungkin akan 'hilang' dari mana2 connection. please baby, don't miss me. *pang!* jangan perasan ade yg akan rindu boleh tak soffea? *baik!~*


i need some space for my own self. perlu muhasabah diri. perlu cari semangat n kekuatan kembali.

n ya, thanks a lot rakan2 sekerja sebab bagi semangat. i really appreciate that. u guys are the best :)




sebelum tu, nak share ini:

.. hmm .. hari ini.. sy sgt gembira dpt m'biarkn murid2 mr0sakkn diri mrk sendiri .. :) .. nama sy dh berpuluh kali naik kementerian hnya krn ingat mendidik murid.. siapa yg tidak b0leh dibantu sebenarnya?.. murid @ ibu bapa?.. baru sy sedar.. sbgai pendidik masa kini.. kerja cikgu.. pergi kerja balik kerja.. cukup bulan dapat gaji.. bayar ansuran umah keta taska anak.. cukup!!.. m0raliti murid itu tidak penting sebenarnya.. :) hari pertama membiarkan murid turn 0ut t0 my best day .. bising mcm pasar b0r0ng .. murid bergaduh sesama sendiri.. ahh.. gembira hanya perlu melihat tanpa berbuat apa2.. klu lh sy tahu dr mula p0sting ianya semudah ini.. tidak perlu sy bersusah payah mendisiplinkn murid selama lebih 9 tahun berkhidmat..




this is real, beb. ambil masa, fikir. mahu kah kita satu hari nanti, semua cikgu hilang semangat?

cikgu juga manusia biasa. don't expect too much. we are not an angel.

n ya, cikgu yg baik adalah cikgu yang berusaha MENGAJAR DAN MENDIDIK. tetapi! usaha kita semua sia2 bila terlalu banyak yang dipersalahkan. itu tak boleh, ini tak boleh. kalaulah anak2 murid boleh dididik dengan hanya berkata2, dengan hanya kata2 nasihat, dengan hanya madah pujangga... ya Allah! heaven nya!

dan kalau lah ia nya semudah itu, pastilah, anak2 sudah mendapat didikan yang sempurna dr rumah lagi which is, it is parents' responsibility. cikgu tinggal nak mengajar sahaja. tak perlu sebok2 nak marah kalo budak tak bawak buku. tak perlu cikgu sebok2 nak bengang2 kalo budak tak siap kerja sekolah, dan tak perlu cikgu sebok2 nak geram kalo budak tak bawak satu alat tulis pon!~

macam mane nak belajar kalau takde buku? kalau takde alat tulis? tell me how!~

dan ya, nanti2, sume akan salahkan cikgu. yang paling sadis, smpai tahap buat fitnah tu. budak2 zaman sekarang, dah pandai buat cerita. ibu bapa pula; "yeaa!!! anak saya betul!!!".

________________________________________________________________

baiklah. i think i should cut it off. tadi kan dh cakap nak 'hilang' dr mana2 connection. cuma ye lah. sempat la nak tinggalkan something utk anda renung sejenak n berfikir berkali2.

juga, thanks untuk page saya suka jadi cikgu , esp sahabat2 yg join discussion di sana. rase lega sikit. thanks.


i just pray the best for tomorrow.
aku pergi. muhasabah diri.


Read more...

aritu menang dengan bergaya. arini?

>> Saturday, April 2, 2011



hurm. tadi pagi ade game netball, lawan utk peringkat daerah. bunyi 'hurm' (berbunyi ke?) di awal entry menunjukkan kekecewaan di situ. kecewa. kecewa.


sebenarnya tak kesah kalah atau menang. cuma yg menjadikan aku kesah sebab seriously budak2 main TAK MACAM dorg yang main! skills sume dah hilang mane tah. technique sume pon dah lari lintang pukang. betul2 bukan macam dorg! aritu lawan time peringkat zone, kire boleh berbangga lah. sebab menang besar. menang dengan BERGAYA pulak tu. bayangkan, 11-2, 13-0, satu lagi tak ingat sgt. either 9-7 or 7-4 tah. tapi dapat lah Johan peringkat zon. alhamdulillah.


cuma arini bile main peringkat daerah, haih. memang tak aim smpai johan ke hape. cuma tak nak lah smpai mata pon sikit je. alasan dorg, TAKUT. serious nampak dorg takut. huhu. lenkali kene jampi nih.



apepon, bukan rezeki kan. nak buat macam mane. terkilan sebab dah berlatih bersungguh gak lah. tapi time main hilang sume. sabo je lee~



cuba lagi tahun depan. chayok2 SK Pasir Kubu yeah!!! (tiba2 bersemangat?)

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP