Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

saya membebel aje. tak wajib baca ;)

>> Saturday, September 10, 2011

hai semua! Assalammualaikum.

salam syawal 1432H :)


lama gila tak update blog. busy. ya. busy. tapi sebenarnya mood nak update blog tu tak tahu lari ke mana. satu lagi. kemalasan tu telah menguasai diri. kemalasan m'update blog. betul lah. kemalasan membunuh. membunuh entry2 yang bakal dikarutkan ;)

nak update pasal raya. tapi nanti2 la. boleh kan? (bajet diva. muntah. muntah.)


ini tiba2 nak update sebab tengah moody. tapi tak macam moody kan? bagusnya. EQ level i dah semakin superb la. (superb la sangattt) heh.

superb kejap je.


mari moody. mula!


oh hey. bosan gila kot duduk sorang2 sini.
kalau siapa2 yang rajin membaca blogtahapehape ni, sure la korang penah baca entry2 bosan aku dulu2. emo dan bosan la. perantau yang sadis laaa. emo emo emooo je tahu.

tahun nie macam kurang sikit. konon macam hidup menjadi lebih baik daripada tahun lepas la? tapi hakikatnya, TIDAK. lagi bosan dari tahun lepas ade laa~

nasib sebab susah nak on9. nasib sebab busy dengan hal2 UPSR. kalau tak, mesti lagi teruk blog ini dihentam dengan entry bosanemobosan bertalu-talu. nasib. nasib.

tapi sebenarnya, aku pernah terbaca ini:

ORANG YANG SELALU MERUNGUT BOSAN ITU SEBENARNYA SEORANG YANG BOSAN



hey. aku tak setuju langsung! pandai2 je tau!

tapi agak terkesan gak la dengan kata2 ni kan. sebab tu laa. cuba jugak untuk memendam segala kebosanan yang merajai kehidupan ini di dalam hati sahaja. biarkan ianya berkubur di situ. biarkan.

cuma hari ni tak tahan. serious lah. bosan gila.




kau tahu?

aku duduk sorang2 di kawasan 'pedalaman' ini. housemate cuti bersalin. 3 bulan. sampai habis tahun ni. rasa macam nak ikut cuti jugak. agak2 kalau apply cuti bersalin baju, approve tak? ngee~

kawan2 jauh. sebab aku ni ha yang duduk jauh dari segala2nya. sini susah. nak keluar pon jauh. sume kene pikir dulu. sebab tu jadi malas nak keluar.

kereta tak service lagi. kene jimat mileage. tu pon dah lebih.. service kali ni adalah major service. dah lebih 20,000 KM. aku dah tanye PROTON. die cakap dalam RM500. perghhh. tercekik aku. cepat2 lah tunggakan elaun bulan 10 ni hoi! so, sebab tu tak boleh merayap sangat. jimat mileage. *konon*

poket dah kempis lepas raya. perlu berjimat. perlu. betul lah. bila bekerjaya, punya wang sendiri, punya tanggungjawab sendiri, nak bayar itu dan ini sendiri, memang peritt wooo. terasa gila. tapiii, PUAS lah. sebab titik peluh sendiri kan. eh. terPOYO.



sebenarnya....

aku bukan seorang yang boleh duduk diam sekor2, baik2 macam ni. ini pon rekod lah. tu pon atas sebab2 yang telah dinyatakan di atas tadi. aku boleh je p merayap sekor2, p makan kat food court sorang2 ke, takde hal la. at least, hilang gak bosan. tengok gak dunia luar walau seorang seorang pon.

tapi sebab mood BERJIMAT CERMAT perlu menguasai diri, aku terpaksa menjadi begini. plus, sebab jauh laaa nak keluar. bila keluar, duit pon sama keluar. haihhh.

dan aku bosan sorang2 kat rumah. takde sape2 nak borak2. takkan nak borak2 dengan cicak2 musuh2ku itu? oh. NO WAY!~


jadi, bersabar sahaja lah menjadi begini. redha aje lah.


but hey. setiap hari kita mesti mahu berubah ke arah yang lebih baik bukan? macam kehidupan kita. for sure la setiap hari nak ada life yang lebih baik. aku macam tak tahan begini. aku tak boleh berserah semata-mata. jadi, aku sedang dalam proses mengubah kehidupan aku ke arah yang lebih baik. doa-doakan lah yaaa :) semoga lulus. aminnn :)



haihhh. cepat2 lah cuti sekolah. aku tak tahan macam ni. nak duduk dengan family. sini jauh. alone. lonely. selalu sunyi. sadis kan? mari nangis sama2 :'(


sabarlah Soffea :)

panjang jugak aku membebel ye?
hehe :)

2 comments:

Hana Faza-same person September 12, 2011 at 8:13 AM  

kesiannya dia...takpe dik, doa banyak2 supaya selepas ni Allah bagi banyak rezeki yg buat soffea tak bisan..akak pon pernah rasa mcm tu dulu..sabar ye:)

soffea September 16, 2011 at 4:12 AM  

haha. sis Hana bace ke? adeh. sian akak, kene dengar saye membebel. hehe.

btw, thanks a lot kak. untuk doa dan kata2 semangat itu. aminnn Ya Rabb :) semoga Allah permudahkan segalanya.. aminnn :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP