Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

Kekuatan untuk menjadi lebih baik~

>> Wednesday, September 21, 2011



Mari baca kisah ini:




Di sebut dalam satu kisah, Allah memerintahkan Malaikat untuk memanggil 2 penghuni neraka untuk berbicara denganNya.

Setelah 2 orang penghuni neraka itu keluar dari neraka dan bertemu dengan Allah. Allah menyoal mereka, iaitu penghuni 1.

"Wahai Si polan (penghuni 1), apakah dosa yang telah kau buat sehingga kau dicampakkan neraka?

Ketika aku masih hidup aku sering melanggar perintahmu dan aku ingkar dengan segala suruhanmu, akhirnya aku ditempatkan di neraka.

Kemudian penghuni 2 juga disoal perkara yang sama, dan jawapannya sama seperti jawapan yang telah dijawab penghuni 1.

Akhirnya Allah memerintahkan kedua-dua penghuni neraka itu kembali ketempat mereka, iaitu neraka. Begitu pun selepas diperintahkan berlaku 2 perkara berbeza diantara penghuni1 dan penghuni2.

Penghuni1 berlari dengan cepat dan bersungguh-sungguh kembali ke neraka. Manakala penghuni2 berjalan lambat, seolah-olah berat hati untuk kembali ke neraka.

Melihat akan hal itu, Allah memanggil mereka kembali dan bertanya, Wahai Si Polan (penghuni1) kenapa kau berlari begitu cepat dan bersungguh-sungguh setelah disuruh pulang ke neraka?

Penghuni1 : Sewaktu aku hidup, aku tidak pernah taat denganMu ya Allah dan aku selalu ingkar, jadi biarlah kali ini aku akur dan menunaikan suruhanMu.

Wahai Si Polan (penghuni2) dan kau kenapa berjalan begitu lambat? dan berat langkahmu pulang ke neraka?

Penghuni2 : Sesungguhnya aku percaya akan kebesaranMu ya Allah, pada waktu ini Kau mampu memerintahkan malaikat keluarkan aku dari neraka, dan sesungguhnya aku juga percaya jika Kau mampu keluarkan aku dari neraka selama-lamanya dan masukkan aku ke dalam syurga pula.

Akhirnya Allah s.w.t memerintahkan malaikat supaya mereka kedua-duanya dimasukkan kedalam syurga.

Jadi kesimpulannya disini menunjukkan yang sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Jika seburuk mana pun kisah silam kita pada suatu ketika dahulu, segelap mana pun kisah silam kita, jadikan ia sebagai langkah baru untuk kita terus berubah, jangan kita takut dan menganggap dosa kita adalah dosa yang tiada pengampunan darinya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kalam Saiyyidina Ali r.a
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal...

Dan sekiranya kamu berseronok melakukan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan kekal...

Credit to TheSyafiqMokhtar for the best entry :)
_________________________________________________________________




Seriously. tersentuh membaca entry ini. sampai aku betul2 menjadi "wordless wednesday" lah hari ni.

tersentuh kenapa?

Menyedari bahawa Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Pengampun lagi Maha Pemurah.

Biarlah siapa pon kita yang lepas, biarlah buruk mana pon kisah silam kita, biarlah banyak mana pon dosa kita, yang penting, kita sentiasa berdoa, memohon keampunan Allah, memohon keredhaanNya. dan yang paling penting, sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik setiap hari. Yang lepas dijadikan panduan, pengalaman lalu mengajar kita membentuk diri kita yang akan datang. menjadi yang baik dan terbaik yang boleh kita jadi :)



SIAPA KITA DI AKHIR HAYAT KITA NANTI, ITU LEBIH PENTING.


juga, sentiasa istiqamah. biar berterusan.

hari ini aku tersentuh. betapa lemahnya aku sebagai hambaNya. seringkali kita terlupa untuk beristiqamah. kita mencari, memohon keampunan hanya ketika kita susah. hanya di saat awal kita menyedari kesalahan diri. lemahnya kita~

sedangkan..
Allah sentiasa ada bersama kita. sentiasa, setiap waktu menunggu kita memohon keampunan dariNya.. Ya Rahman Ya Rahim, ampunilah kealpaan kami~


sekali lagi, terima kasih untuk motivational story ini. boleh baca lanjut di sini :)


semoga kita sentiasa diberi hidayah dari Allah. aminnnn~

_______________________________________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP