saya nervous nak UPSR esok. err?
>> Monday, September 12, 2011
Assalammualaikummm!!!
wah. excited nampak? feel so relieved pas membebel bagai in a previous entry ke? it's worked! therapy konon. hihi :)
well. readers. tahu tak? esok anak-anak murid saya nak exam UPSR. exam yang pernah kita takut masa kecik2 dulu. takut tak takut sangat lah kan. sebab masa tu mana nak paham sangat apa perasaan exam besar tu. tu pon sebab cikgu2 selalu ingatkan betapa pentingnya UPSR. macam kami2 ingatkan budak2 :)
tahun lepas ada gak aku wat entry UPSR ni. di sini.
bila baca balik, rindu betul la ex-pupils kat sarawak tu. hopefully semua akan berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. SATUUUU MALAYSIAA! *tiba2 patriotik dan politik. apahal?* haha.
dan ya. tahun ni. aku merasai keGENTARan itu. macam getaran jiwa melanda hatiku. ewaahhh.
sebab?
Science Year 6 aku yang ajar. sepanjang tahun ni, since bulan April haritu, memang banyak lah berbeza dari segi kesibukan berbanding tahun lepas. dan pastilah sibuk dengan kelas tambahan, kelas tambahan, dan tambahkan lagi kelas itu ya.
itu kita cerita lain. nanti.
sebenarnya ade jugak niat nak share 'bout my pupils' performance sepanjang aku mengajar ni.. yelah. balik2 cerita aku busy dengan UPSR kan. tapi apa kesan pon tak tahu. nanti lah aku share. bukan sekarang. sebab aku tak mahu nanti aku sendiri 'tenggelam' lalu menjadi over confident. i have my own target. dan alhamdulillah, setakat Pra UPSR haritu, i've achieved my target. cuma, masih banyak yang perlu diperbaiki.
dan untuk UPSR ini juga, aku ada target sendiri. doa-doakan lah anak2 murid aku dapat jawab dengan tenang, mudah dan yakin ya :)
baiklah. esok dah start UPSR. tadi dah salam2 dengan candidates. siap berair woo mata teacher. adeh. kenapa tah makin tua, er matang ni, makin sensitive? susah kan.
dan tadi pon dah bagi banyak pesan, dah cakap, teacher halalkan semua ilmu, teacher pon mintak maaf banyak2. sebab i kan garang. so, dah 0-0. (kosong-kosong lah!)
Rabu nanti ada kelas science lagi. for the last time. selagi ada waktu, selagi tu akan cuba juga untuk membantu. paper science Khamis ni.
Jadi, marilah sama2 doakan untuk semua calon2 UPSR 2011. semoga beroleh hasil atas segala titik peluh, penat lelah membanting tulang empat kerat, memerah keringat dan pengat. eh. teacher cover nervous boleh takk? baiklah. baiklah. maafkan saya.
tiba2 rasa macam ibu beranak 16 yang risaukan anak2nya nak exam esok. BEST of LUCK ya my dearie pupils.
daaannnnn. esok i kena jaga UPSR kat SK Seri Cempaka. so, my dearest Year 6 di SK Pasir Kubu, please, do your very best ya. semoga segala usaha kita semua selama ni berbaloi dan membuahkan hasil. semoga mendapat keputusan yang cemerlang ya. InsyaAllah. aminnnn :)
ehem. tadi dah beli kasut baru.
CONFIRM tidak berbunyi time berjalan.
i taknak lah ketua pengawas jeling2 i nanti.
malu lahhhh. hahaha.
3 comments:
diorg jeling2 bkn psl kasut tu... msti psl cute ehehehe
encikk Liquiddd!!! lama tak nampak. hehe. datang nak mengusik ye. hehe.
membaca seluruh blog, cukup bagus
Post a Comment