Appreciate them~ thanks.
1st in 2012 :)
>> Sunday, January 1, 2012
Assalammualaikum :)
oh well!
Gila lama tak update. Sampai rasa segan nak menaip kat lapangan (?) blogger nie. wei. wei. kenal aku lagi tak?? kenal tak? *soalku kepada blogspot* takkan nak tanya kome pulak kan. malu le..
malu...
sebab,
sebab,
sebab,
memang takde yang kenal pon. tahu dahhh. haha.
*pangg!* (sound effect lempang ye kawan2.)
ape ni? tak berubah lagi perangai suka merepek tu kan? hihi :)
____________________________________________________________
ok!
sebenarnya nak update sikit je. pasal New Year. oh hey! arini 1st January 2012 kan. Happy New Year everyone!
Pergh! ini ucapan first aku okeh.
Actually, aku dari semalam dok baca orang post wishing happy new year happy new year. selamat tahun baru blablabla :) bagus kan. sampai aku sendiri rasa macam nak kongsi je wish dorang tu skali. sebab tu i posted nothing :) hehe.
Dan ya, macam berlumba-lumba ni, dok update countdown kat sini la, berkumpul kat situ la. oh hey, semangatnye korang. bagus laaaa.. *mata ke atas, tangan ke dada*
Eh, tapi takpe la. walo mcm mana pon korang sambut, janji jangan overrr buat ape2 yang tak senonoh okeh. nehi. nehi.
Aku sebenarnye pon tak paham, kenapa perlu sambut bukan main kan? giler bukan main2 punya sambut. aku semalam buat ape? tido. lagi best :) tapi kalau dapat pergi tengok Ustaz Azhar Idrus and Zizan kan best. boleh tambah ilmu :) tapi takde rezeki pulak. maybe next time, next event. InsyaAllah :)
____________________________________________________________
Baiklah.
2011 dah berlalu. Every parts of it are a lesson for me. i've learnt so many things. ups and downs. hurts and loves. being ignored and appreciated. banyak lah. semuanya mengajar, menjadi yang lebih baik untuk diri sendiri dan orang lain. Ini lah kehidupan, sekolah yang paling baik. Pengalaman, rujukan yang paling hebat :) Terima kasih Ya Allah.
To 2012, i never ask u to be good to me, but aku sendiri yang akan jadikan 2012 adalah yang terbaik daripada tahun sebelum2 ini. Hidup bukan untuk menyerah semata-mata kan. Usaha, ikhtiar, doa dan tawakal itu lebih penting :) dan ya, Istiqomah :) Semoga segala-galanya adalah baik. kalaupon ada yang pahit, itu lah ujian, in order to create the real me! Allah knows the best :)
Azam? hmm... tak kenal. siapa Azam? hahaha.
Azam...
Takde apa sangat. cuma nak tunaikan azam yang lepas. sebab, macam tak sepenuhnya tertunai kannn.. tu lah, tak istiqomah.
dan ya, there are certain things yang kita rancang, tapi Allah jugalah penentu. sebab, Dialah perancang yang terbaik.
Actually, rasa macam nak gelak bila baca azam last year.
Tajuk entry tak menahan tu... To fall in love sangat lah dengan knowledge. hajat nak sambung master. tapi belum rezeki lagi. but hey, doa juga tu kan "to fall in love"~ bila bukan di situ rezeki kita, Allah bagi rezeki yang lain. Alhamdulillah :)
*berkias?* hehe ^_______________^
oh. oh. dah panjang nie. nanti kita story2 lagi k :)
Last but not least,

HAPPY NEW YEAR
Semoga semuanya adalah baik-baik :) chill yo :)
Suka di sini kalau like ^___^
Khas untukmu :)
>> Tuesday, December 6, 2011
Dear ordinarysoffea.blogspot.com,
SoffieSoffea's,
Rinduuuuu kamuuuu!!!
muahmuahmuahhhhh
xoxoxoxo
tak tau bile ade mood nak update blog. jampi sikit pleaseeee. hehe :)
Read more...
Suka di sini kalau like ^___^
Meet my new sayang~
>> Sunday, October 30, 2011
Ehem!
Yang ditunggu-tunggu telah tiba. eh. tak. tak. ini bukan prince charming. tetapi ini my new sayang.
Sebenarnya tak lah TIBA pon. aku pergi mencari dan membeli, tahu. jadi 'sayang' ini bukanlah seorang hero dalam bentuk manusia yang boleh dijual beli. ia hanyalah sebuah idaman hati since 5 months ago. pheww (-_-') tiba2 berpeluh semula bila terkenangkan penantian itu. betul lah. penantian itu satu penyeksaan. (bukan satu Malaysia). but hey, it's worth lah since i've waited patiently (sangatttt) for this time! haha.
so, here it goes.....
(effect pukulan gendang please!) overr~

meet my new sayang :)
haruslah merah juga yaw!~

takde iPad 2 versi merah. sebab tu WAJIBulghunnah beli cover MERAH :)
how i love red damn much!~ *tiba2 emo terapi warna ni kenapa?*
sekarang masih terkedek2 touch sana sini. tapi hari kedua ni memang macam dah expert gila! bab touch touch je la~
dan juga, tak habis2 excited dok explore itu dan ini. well. it's normal kot!!~ hehe ^_________________^
Alhamdulillah. All praises to Allah. semoga rezeki ini diberkati. aminnn~
Last but not least, Thanks to my younger n youngest brothers, sebab teman kakak p KLCC and menyedekahkan wang dengan banyak di sana :)
Alhamdulillah.
Suka di sini kalau like ^___^
WordlessWED#5 - if u r in the shoes, u'll understand how does it feel~
>> Wednesday, October 12, 2011
Suka di sini kalau like ^___^
WordlessWED#4- i am sooo relieved! Thank you, Allah. Alhamdulillah~
>> Wednesday, October 5, 2011
Suka di sini kalau like ^___^
today's activity :)
>> Monday, October 3, 2011
well. lama gila tak update blog. nasib la blog tak pandai nak bersawang dan bertahi cicak. kalau tak, penat laaa aku nak menyapu dan mengemop. fuhhhh~ *lega*
hari ni sekolah aku cuti. sebab petang jumaat dan sabtu hari tu da sekolah. ade hari kokurikulum. perghh! best jugak lah. paling best time pertandingan memasak. jadi hakim tak menahan tu. kalau dah perut macam aku ni, telan je ape, sumee pon sodap! haha.
eh. gambar boleh tengok kat page FB SKPK. itu pon kalau tak private la :)
Makna cuti di sini adalah sangat2 bosan bagi aku. seriously, bila cuti je aku bosan. aku rela lah bekerja, dok kat skolah tu sampai pukul 3 pon takpe. workaholic sangatt! hahaha. tak pon. cuma, masa lebih terisi lah. aku kan tak suka membuang masa~~ (erk?)
jadi jadi jadi...
hari ni aku dok pulun lah mengemas rumah yang cepat betul berhabuk nih. tension weh! 2 hari sekali kena sapu okeh. rajin tak rajin, terpaksa la buat jugak kan. takkan nak harap cicak2 yang banyak untuk bergotong-royong melakukan itu semua? tak hingin hakuu! i hate them tahu! mari hapuskan cicak laknatullah. eh. kempen tiba2~
so, after breakfast Jacob's high fiber biscuits (healthy laa sangat!), aku pon start la menyapu dan mengemop bilik dan rumah nih. owh hey. berpeluh tahu. dalam hati dah berangan-angan macam boleh lose weight. tapi setakat 400g, apa lah ertinya? but seriously, puas hati tengok rumah. dah takde dah bekas2 najis cicak yang melekat atas lantai ni. cicak ni pon satu. kau nak membuang pon, jangan la buang yang cair punya. tercirit ke hape? kan dah melekat. susah. sapu tak hilang. rajinnn la sangat aku nak mop hari2 kan. huhu. buat kesekian kalinya, i hate u cicaks yuckksss!! ini adalah ucapan ikhlas dari hati.
ok. dah kemas2, dah siap mandi sekali lagi, mari kita masak dan makan :)
tadaaa;
wholegrainBread.sausages.scrambleEggs.bakedBeans.
simple lunch yang sampai waktu ini masih terasa kenyang. tapi tak tahu lah macam mana sesaat selepas waktu ini. adakah lapar akan membelenggu? haip! i'm on diet lah. lapar, please go away from me :)
Itu aje lah ari ni. productiveee la sangatt. dan ya. sampai sekarang asyik dok bersin. mengemas punya pasal~
owh. entry ini bosan. saje nak meroyan kat blog boleyhhh? i miss u lahhh blog. muahmuah.
Suka di sini kalau like ^___^
Kekuatan untuk menjadi lebih baik~
>> Wednesday, September 21, 2011
Mari baca kisah ini:
Di sebut dalam satu kisah, Allah memerintahkan Malaikat untuk memanggil 2 penghuni neraka untuk berbicara denganNya.
Setelah 2 orang penghuni neraka itu keluar dari neraka dan bertemu dengan Allah. Allah menyoal mereka, iaitu penghuni 1.
"Wahai Si polan (penghuni 1), apakah dosa yang telah kau buat sehingga kau dicampakkan neraka?
Ketika aku masih hidup aku sering melanggar perintahmu dan aku ingkar dengan segala suruhanmu, akhirnya aku ditempatkan di neraka.
Kemudian penghuni 2 juga disoal perkara yang sama, dan jawapannya sama seperti jawapan yang telah dijawab penghuni 1.
Akhirnya Allah memerintahkan kedua-dua penghuni neraka itu kembali ketempat mereka, iaitu neraka. Begitu pun selepas diperintahkan berlaku 2 perkara berbeza diantara penghuni1 dan penghuni2.
Penghuni1 berlari dengan cepat dan bersungguh-sungguh kembali ke neraka. Manakala penghuni2 berjalan lambat, seolah-olah berat hati untuk kembali ke neraka.
Melihat akan hal itu, Allah memanggil mereka kembali dan bertanya, Wahai Si Polan (penghuni1) kenapa kau berlari begitu cepat dan bersungguh-sungguh setelah disuruh pulang ke neraka?
Penghuni1 : Sewaktu aku hidup, aku tidak pernah taat denganMu ya Allah dan aku selalu ingkar, jadi biarlah kali ini aku akur dan menunaikan suruhanMu.
Wahai Si Polan (penghuni2) dan kau kenapa berjalan begitu lambat? dan berat langkahmu pulang ke neraka?
Penghuni2 : Sesungguhnya aku percaya akan kebesaranMu ya Allah, pada waktu ini Kau mampu memerintahkan malaikat keluarkan aku dari neraka, dan sesungguhnya aku juga percaya jika Kau mampu keluarkan aku dari neraka selama-lamanya dan masukkan aku ke dalam syurga pula.
Akhirnya Allah s.w.t memerintahkan malaikat supaya mereka kedua-duanya dimasukkan kedalam syurga.
Jadi kesimpulannya disini menunjukkan yang sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasihani. Jika seburuk mana pun kisah silam kita pada suatu ketika dahulu, segelap mana pun kisah silam kita, jadikan ia sebagai langkah baru untuk kita terus berubah, jangan kita takut dan menganggap dosa kita adalah dosa yang tiada pengampunan darinya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Kalam Saiyyidina Ali r.a
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal...
Dan sekiranya kamu berseronok melakukan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan kekal...
Credit to TheSyafiqMokhtar for the best entry :)
_________________________________________________________________
Seriously. tersentuh membaca entry ini. sampai aku betul2 menjadi "wordless wednesday" lah hari ni.
tersentuh kenapa?
Menyedari bahawa Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Pengampun lagi Maha Pemurah.
Biarlah siapa pon kita yang lepas, biarlah buruk mana pon kisah silam kita, biarlah banyak mana pon dosa kita, yang penting, kita sentiasa berdoa, memohon keampunan Allah, memohon keredhaanNya. dan yang paling penting, sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik setiap hari. Yang lepas dijadikan panduan, pengalaman lalu mengajar kita membentuk diri kita yang akan datang. menjadi yang baik dan terbaik yang boleh kita jadi :)
SIAPA KITA DI AKHIR HAYAT KITA NANTI, ITU LEBIH PENTING.
juga, sentiasa istiqamah. biar berterusan.
hari ini aku tersentuh. betapa lemahnya aku sebagai hambaNya. seringkali kita terlupa untuk beristiqamah. kita mencari, memohon keampunan hanya ketika kita susah. hanya di saat awal kita menyedari kesalahan diri. lemahnya kita~
sedangkan..
Allah sentiasa ada bersama kita. sentiasa, setiap waktu menunggu kita memohon keampunan dariNya.. Ya Rahman Ya Rahim, ampunilah kealpaan kami~
sekali lagi, terima kasih untuk motivational story ini. boleh baca lanjut di sini :)
semoga kita sentiasa diberi hidayah dari Allah. aminnnn~
_______________________________________________________
Suka di sini kalau like ^___^
oh, buttonsmybuttons!
>> Friday, September 16, 2011
Oh my! seronok betul haritu dah pergi Boutique ButtonsMyButtons kat SS15. serious. collections BMB sume cantik2 dan stylo. tak caya, klik lah sini. aku minat betul design macam tu. Unique :)
Jadi, ditemani cousin yang dikasihi :P , Saady, kiteorg p la mencari mane la kedainye. pusingpusing sampai pening, baru jumpa.

me n crazy cousie :)
oh. takpe lah kalau muka tuan blog separuh pon.
i saje nak hargai usaha gigih Saady bawak i ke BMB.
nanti boleh la p lagiiii..
*bodek*
well. sama je dalam official blog. cuma ini boleh pegang2 kan. n ya, layanan sangat baik. mesra pelanggan. cuma aku segan la nak p try test ke ape. sebab memang taknak beli pon. ate, maha bebeno. idak le teman mampu wehh..
godek2 sana sini. jom balikkkk :) dah puas hati. hehe.
sebab tu pusing2 kami mencari :)
So, korang boleh2 la usha baju2 cantik kat situ yerp. ade aku bagi link :)
aku adore design sahaja. entah bila la dapat beli kan. tapi, nak tempah design sendiri la.. *berangan* takpe kan? bukan nak jual pon. nak pakai sendiri je ;)
Suka di sini kalau like ^___^
Kalaupon kau cinta~
Kadang2 rasa macam nak tergelak dengan sikap kita sendiri.
Bila senang, semua nak dihebohkan. konon bahagia sampai akhirat. konon cinta tulus abadi. konon kasih paling suci. setiap saat, setiap waktu. semua hendak diberitahu. semua hendak dikongsi. apa niat diri? kalau bukan untuk bermegah sendiri? megah dengan cinta yang tak pasti. megah dengan cinta yang belum lagi halal untuk kau nikmati.
sungguh aku muak.
itu hak kau. apa ada hal? aku kesah? sikitt pon tak.
kau dengan dunia cinta kau yang 'suci'.
aku? ada prinsip sendiri.
tapi.
bila semuanya lari dari hidup kau. kau meratapi, semacam tiada lagi cinta lain yang boleh kau cari. kau kecoh lagi. tapi kali ni, baru lah kau sesali.
eh. ini bukan sekali. malah berkali-kali kau begini.
aku kasihan. tapi sudah lali.
bila kau kecewa begini. kau sebok pulak menasihati hati-hati yang lain. marilah kembali kepada cinta abadi. cintakan Allah adalah cinta hakiki. betul lah. aku bersyukur kau insafi diri.
tapi.
aku memerhati.
kau hanya begini bila kau dalam kesedihan. bila kau rasa seperti tidak lagi dicintai.
tapi andai esok lusa, Allah uji lagi hidup kau dengan cinta lelaki. pasti. kau lah orang yang paling happy. sampaikan semua kau nak kongsi. ayat berbunga-bunga. semuanya untuk menggambarkan betapa kau cintai dia sampai mati. sehinggakan kau lupa, ada Allah yang patut didahului.
dan kemudian, sekali lagi, Allah uji dengan perpisahan. dan kau kembali menginsafi. mula lah kau dengan ayat2 motivasi mengalahkan ustazah. padahal kau? waktu kau senang, waktu kau mabuk dengan cinta, mana pergi ayat2 dakwah kau? kau sendiri hanyut. kau sendiri alpa..
hey.
sudah lah.
Allah uji kita banyak kali. kadang2 dengan ujian yang serupa. supaya kita perbaiki kelemahan diri. bukan sentiasa di tahap yang sama. apa yang kau pelajari daripada ini? tiada? kasihanilah diri kau sendiri.
Jadi, marilah sama2 muhasabah diri dan berubah, sahabat~
aku juga bukan sempurna. hati ini masih banyak noda. hati ini masih perlu dibersihkan. cubalah. kawal perasaan kau. perasaan boleh dikawal. hati boleh dijaga. ingat itu.
Mohonlah supaya Allah memelihara perasaan kau.
Supaya ianya tidak melampau-lampau.
Kalaupon kau cinta, rahsiakan lah. itu lebih baik.
Tunggu sehingga HALAL, pasti Allah berkati~
______________________________________________
MODE: FB's posts ANNOYED me damn much!
Suka di sini kalau like ^___^
saya nervous nak UPSR esok. err?
>> Monday, September 12, 2011
Assalammualaikummm!!!
wah. excited nampak? feel so relieved pas membebel bagai in a previous entry ke? it's worked! therapy konon. hihi :)
well. readers. tahu tak? esok anak-anak murid saya nak exam UPSR. exam yang pernah kita takut masa kecik2 dulu. takut tak takut sangat lah kan. sebab masa tu mana nak paham sangat apa perasaan exam besar tu. tu pon sebab cikgu2 selalu ingatkan betapa pentingnya UPSR. macam kami2 ingatkan budak2 :)

tahun lepas ada gak aku wat entry UPSR ni. di sini.
bila baca balik, rindu betul la ex-pupils kat sarawak tu. hopefully semua akan berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. SATUUUU MALAYSIAA! *tiba2 patriotik dan politik. apahal?* haha.
dan ya. tahun ni. aku merasai keGENTARan itu. macam getaran jiwa melanda hatiku. ewaahhh.
sebab?
Science Year 6 aku yang ajar. sepanjang tahun ni, since bulan April haritu, memang banyak lah berbeza dari segi kesibukan berbanding tahun lepas. dan pastilah sibuk dengan kelas tambahan, kelas tambahan, dan tambahkan lagi kelas itu ya.
itu kita cerita lain. nanti.
sebenarnya ade jugak niat nak share 'bout my pupils' performance sepanjang aku mengajar ni.. yelah. balik2 cerita aku busy dengan UPSR kan. tapi apa kesan pon tak tahu. nanti lah aku share. bukan sekarang. sebab aku tak mahu nanti aku sendiri 'tenggelam' lalu menjadi over confident. i have my own target. dan alhamdulillah, setakat Pra UPSR haritu, i've achieved my target. cuma, masih banyak yang perlu diperbaiki.
dan untuk UPSR ini juga, aku ada target sendiri. doa-doakan lah anak2 murid aku dapat jawab dengan tenang, mudah dan yakin ya :)

baiklah. esok dah start UPSR. tadi dah salam2 dengan candidates. siap berair woo mata teacher. adeh. kenapa tah makin tua, er matang ni, makin sensitive? susah kan.
dan tadi pon dah bagi banyak pesan, dah cakap, teacher halalkan semua ilmu, teacher pon mintak maaf banyak2. sebab i kan garang. so, dah 0-0. (kosong-kosong lah!)
Rabu nanti ada kelas science lagi. for the last time. selagi ada waktu, selagi tu akan cuba juga untuk membantu. paper science Khamis ni.
Jadi, marilah sama2 doakan untuk semua calon2 UPSR 2011. semoga beroleh hasil atas segala titik peluh, penat lelah membanting tulang empat kerat, memerah keringat dan pengat. eh. teacher cover nervous boleh takk? baiklah. baiklah. maafkan saya.
tiba2 rasa macam ibu beranak 16 yang risaukan anak2nya nak exam esok. BEST of LUCK ya my dearie pupils.
daaannnnn. esok i kena jaga UPSR kat SK Seri Cempaka. so, my dearest Year 6 di SK Pasir Kubu, please, do your very best ya. semoga segala usaha kita semua selama ni berbaloi dan membuahkan hasil. semoga mendapat keputusan yang cemerlang ya. InsyaAllah. aminnnn :)

ehem. tadi dah beli kasut baru.
CONFIRM tidak berbunyi time berjalan.
i taknak lah ketua pengawas jeling2 i nanti.
malu lahhhh. hahaha.
Suka di sini kalau like ^___^
saya membebel aje. tak wajib baca ;)
>> Saturday, September 10, 2011
hai semua! Assalammualaikum.
salam syawal 1432H :)
lama gila tak update blog. busy. ya. busy. tapi sebenarnya mood nak update blog tu tak tahu lari ke mana. satu lagi. kemalasan tu telah menguasai diri. kemalasan m'update blog. betul lah. kemalasan membunuh. membunuh entry2 yang bakal dikarutkan ;)
nak update pasal raya. tapi nanti2 la. boleh kan? (bajet diva. muntah. muntah.)
ini tiba2 nak update sebab tengah moody. tapi tak macam moody kan? bagusnya. EQ level i dah semakin superb la. (superb la sangattt) heh.
superb kejap je.
mari moody. mula!
oh hey. bosan gila kot duduk sorang2 sini.
kalau siapa2 yang rajin membaca blogtahapehape ni, sure la korang penah baca entry2 bosan aku dulu2. emo dan bosan la. perantau yang sadis laaa. emo emo emooo je tahu.
tahun nie macam kurang sikit. konon macam hidup menjadi lebih baik daripada tahun lepas la? tapi hakikatnya, TIDAK. lagi bosan dari tahun lepas ade laa~
nasib sebab susah nak on9. nasib sebab busy dengan hal2 UPSR. kalau tak, mesti lagi teruk blog ini dihentam dengan entry bosanemobosan bertalu-talu. nasib. nasib.
tapi sebenarnya, aku pernah terbaca ini:
ORANG YANG SELALU MERUNGUT BOSAN ITU SEBENARNYA SEORANG YANG BOSAN
hey. aku tak setuju langsung! pandai2 je tau!
tapi agak terkesan gak la dengan kata2 ni kan. sebab tu laa. cuba jugak untuk memendam segala kebosanan yang merajai kehidupan ini di dalam hati sahaja. biarkan ianya berkubur di situ. biarkan.
cuma hari ni tak tahan. serious lah. bosan gila.
kau tahu?
aku duduk sorang2 di kawasan 'pedalaman' ini. housemate cuti bersalin. 3 bulan. sampai habis tahun ni. rasa macam nak ikut cuti jugak. agak2 kalau apply cuti bersalin baju, approve tak? ngee~
kawan2 jauh. sebab aku ni ha yang duduk jauh dari segala2nya. sini susah. nak keluar pon jauh. sume kene pikir dulu. sebab tu jadi malas nak keluar.
kereta tak service lagi. kene jimat mileage. tu pon dah lebih.. service kali ni adalah major service. dah lebih 20,000 KM. aku dah tanye PROTON. die cakap dalam RM500. perghhh. tercekik aku. cepat2 lah tunggakan elaun bulan 10 ni hoi! so, sebab tu tak boleh merayap sangat. jimat mileage. *konon*
poket dah kempis lepas raya. perlu berjimat. perlu. betul lah. bila bekerjaya, punya wang sendiri, punya tanggungjawab sendiri, nak bayar itu dan ini sendiri, memang peritt wooo. terasa gila. tapiii, PUAS lah. sebab titik peluh sendiri kan. eh. terPOYO.
sebenarnya....
aku bukan seorang yang boleh duduk diam sekor2, baik2 macam ni. ini pon rekod lah. tu pon atas sebab2 yang telah dinyatakan di atas tadi. aku boleh je p merayap sekor2, p makan kat food court sorang2 ke, takde hal la. at least, hilang gak bosan. tengok gak dunia luar walau seorang seorang pon.
tapi sebab mood BERJIMAT CERMAT perlu menguasai diri, aku terpaksa menjadi begini. plus, sebab jauh laaa nak keluar. bila keluar, duit pon sama keluar. haihhh.
dan aku bosan sorang2 kat rumah. takde sape2 nak borak2. takkan nak borak2 dengan cicak2 musuh2ku itu? oh. NO WAY!~
jadi, bersabar sahaja lah menjadi begini. redha aje lah.
but hey. setiap hari kita mesti mahu berubah ke arah yang lebih baik bukan? macam kehidupan kita. for sure la setiap hari nak ada life yang lebih baik. aku macam tak tahan begini. aku tak boleh berserah semata-mata. jadi, aku sedang dalam proses mengubah kehidupan aku ke arah yang lebih baik. doa-doakan lah yaaa :) semoga lulus. aminnn :)
haihhh. cepat2 lah cuti sekolah. aku tak tahan macam ni. nak duduk dengan family. sini jauh. alone. lonely. selalu sunyi. sadis kan? mari nangis sama2 :'(
sabarlah Soffea :)
panjang jugak aku membebel ye?
hehe :)
Read more...
Suka di sini kalau like ^___^
Happy Birthday My Sayang!!!
>> Thursday, August 18, 2011
A very Happy birthday to u, my brilliant red.
sweet 1st birthday.
terima kasih kerana menemani hari-hariku.
terima kasih kerana memudahkan perjalananku.
terima kasih kerana..
kerana...
kerana..
mengajarku erti tanggungjawab;
setiap bulan mahu settle daaa :)

cuma.
untuk birthday present anda yang pertama kali ini.
abah terpaksa dahulukan dahulu ya.
terima kasih abah.
dapat tunggakan nanti, angah settlekan ye.
(oh my! cepatlah sikit wahai tunggakan~)
weheee :)
sayangku.
semoga dikau sihat selalu.
mahu dan mampu menemani hari2ku.
kerana dirimu begitu berharga kepadaku.
errrrrrr....
aku rasa mahu muntah.
kerana terlalu poyo dan jiwang terhadapmu.
tolong lempang boleh?
hehe.
______________________________________________
1 year down, 8 years to go.
chayookkkk ! :)
Suka di sini kalau like ^___^
Ini Kisahku
>> Wednesday, August 17, 2011
Sangat2 terkesan bila tengok sume video ni.
Subhanallah.
Semoga kita juga akan sentiasa mendapat hidayah dari Allah.
berubah menjadi yang lebih baik pastinya.
InsyaAllah~
Base on these three awesome videos and stories, i can conclude that:
Ibu
insan pendorong kebaikan.
insan penguat semangat.
insan pemberi nasihat.
insan yang tidak jemu mendoakan kebaikan,
dan,
Doa ibu itu adalah yang paling mustajab
- "kerana kesabaran dia, dan saya percaya juga, kerana doanya, maka saya berubah seperti hari ini..", Wardina Safiyyah.
- "mak Kat selalu tanya2, ingatkan pasal solat..", Catriona Ross
- "Dulu, sejak dari kecil lagi, ibu tak pernah-pernah putus untuk berpesan pada saya..", Sham Kamikaze
________________________________________________________________
Allah memberi hidayah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. dan kita sebagai hamba, perlu sentiasa berusaha memohon dan mencari hidayah Allah.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.(surah al-Qasas, 28:56)
Hidayah itu Milik Allah
semoga kita adalah orang-orang yang terpilih. berdoa dan memohon lah~
Suka di sini kalau like ^___^
My baju raya collections :)
>> Sunday, August 14, 2011
Note : Don't get jealous pleaseeee~
MERAH itu wajib lah.
eh. macam tak cukup lagi je nii??
kene tambah lagi ni dalam koleksi.
koleksi?
koleksi ANGAN-ANGAN AIDILFITRIku lah:) hehehe.
sebab tu la, please don't get jealous kerana ini adalah siri ''mari berangan bersama-sama SoffieSoffea's~".
amaran: ini bukan lah contest. perkataan 'mari' itu hanyalah ajak-ajak ayam sahaja. krrrrr.. krrrrr... :P
ok. dah habis berangan :)
reality. ting!
oh my!~ seriously. semua collections ButtonsMyButtons sangat2 la vogue, gorgeous, adorable, bla bla blaa blaaa.. dan ya, aku terpaksa set in mind to blah blah blah cepat2, sebab harganya pon sangat2 lah... WOW! RM 750, RM 650, RM500, RM $$$$$. berpinar mata aku wei. rasa macam nak merompak bank sekarang jugak. eh. tak. ini cuma perasaan-macam-nak sahaja. janganlah serious sangat (-_-')
what eva pon.
ButtonsMyButtons memang the best la. designs yang sangat2 unique. i like! dan jangan tak tahu, for me, something that unique is beautiful. sangat2 cantik :)
jadi.
InsyaAllah. angan-angan akan dijadikan impian dan kenyataan. err.. ini kira cita-cita la kan? ok. ini cita-cita seorang guru yang suka merapu =) gambattee!
bila dapat pakai pon tak tahu lah. cuma yang pasti, bukan yang semahal ini. sebab i kan seorang yang berjimat cermat. able to manage my savings wiselyyy!!! (wisely la sangat!) hahaha. gelak kat diri sendiri sebab rasa macam kena perli :P
tiba-tiba insaf:
dalam bulan Ramadhan ni, marilah kita berjimat cermat, perbanyakkan bersedekah.
itu lebih afdal :)
Suka di sini kalau like ^___^
WordlessWED #2 - Al-Quran panduan hidup mukmin :)
>> Wednesday, August 10, 2011
_______________________________________________________________
Mari perbanyakkan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan. semoga kita mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah~
Read more...
Suka di sini kalau like ^___^
Memburukkan orang secara terbuka. haruskah?
>> Thursday, August 4, 2011
Just a short update. perhaps~
anyway, sekarang sangat HOT citer pasal KhairulFahmiCheMat yg penah aku adore tu. ehem. adore sbb beliau sangat hebat sebagai penjaga goal. even tak tinggi mana, tapi sangat cekap kot. bravo!~
ok lah.
semua dah tahu die dah putus tunang kan. as for me, bukan lah apa sangat. anggap sahaja TIADA JODOH buat setakat ini. kenapa setakat ini? sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang, kan? siapa tahu, mungkin kalau betul mereka berjodoh, bila tiba masa yang betul-betul sesuai, pasti akan bersatu jugak. who knows? nobody, right? hal jodoh adalah rahsia Allah~
aku tak nak ulas apa sangat. sebab aku pon bukan lah busy body pon. nak2 hal public figure ni. setakat baca dan tahu, cukuplah.
cuma aku agak terkilan bila kisah ni menjadi semakin kontroversi. dan ya, sekarang timbul pulak cite pasal ex-bf si elia tu. korang boleh baca sini dan nilai sendiri. SINI!
in my opinion;
aku bukanlah menyebelahi si jejari runcing sebab jari die runcing ke hape. tak. tapi aku rasa kesian la kan bila ada pulak isu macam ni.
aku pon selalu jugak dok emo2 kat blog. marah kat buaya darat contohnya. pernah. bukan tak pernah. tapi, kita harus tahu limit. jangan hambur semua ikut perasaan. cuba kalau orang buat kat kau macam tu. macam mana? malu kan?
everyone has their own past. everyone has their own stories. dan kisah lalu biarlah dijadikan panduan. kalau ada silap pon, itu yang lepas. maafkan. apa yang penting sekarang, membina masa depan yang lebih baik. siapa kita di akhir hayat kita nanti adalah lebih penting. Jadi, tak perlulah nak ungkit2 dan hebah2kan keburukan orang. dia ada maruah. kita pon.
satu je aku pegang, what you give, you get back. buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. ok, murid-murid? :)
macam2 hal sekarang. orang tu salahkan orang ni,orang ni salahkan orang tu..adeh. poning eden. eh. yg eden sebok2 nak poning ni ape ke hey nye? (?)
apepon, sahabat, marilah kita perbanyakkan amal ibadah kita di bulan Ramadhan ni. bukan mempersia-siakannya. takut nanti tak sempat merasai lagi keberkatan Ramadhan~ Wallahualam~
Read more...
anyway, sekarang sangat HOT citer pasal KhairulFahmiCheMat yg penah aku adore tu. ehem. adore sbb beliau sangat hebat sebagai penjaga goal. even tak tinggi mana, tapi sangat cekap kot. bravo!~
ok lah.
semua dah tahu die dah putus tunang kan. as for me, bukan lah apa sangat. anggap sahaja TIADA JODOH buat setakat ini. kenapa setakat ini? sebab kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang, kan? siapa tahu, mungkin kalau betul mereka berjodoh, bila tiba masa yang betul-betul sesuai, pasti akan bersatu jugak. who knows? nobody, right? hal jodoh adalah rahsia Allah~
aku tak nak ulas apa sangat. sebab aku pon bukan lah busy body pon. nak2 hal public figure ni. setakat baca dan tahu, cukuplah.
cuma aku agak terkilan bila kisah ni menjadi semakin kontroversi. dan ya, sekarang timbul pulak cite pasal ex-bf si elia tu. korang boleh baca sini dan nilai sendiri. SINI!
in my opinion;
- beb. sudah2 la. past is past. kalau kau tak puas hati dengan die pon, tak perlu lah nak reveal publicly macam tu. mengungkit kisah dan keburukan orang itu berdosa.
- dan ya, lagipon, orang dah kenal kot die siapa. lainlah kalau kau kecoh2 dan orang terpinga-pinga tak kenal pon die. dan lain jugak lah kalau kau even tak mention pon nama dia. cuma kalau die baca dan terasa, nasib lah. sape suruh makan cili kan.
- kalau betul lah kau nak die sedar yang this is her part, her karma, atas apa yang die dah buat kat kau, just msg her privately. tak perlu nak heboh2 dan sebar2kan keburukan orang~
- kalau itu pon buat kau tak puas hati, mengumpat dan mengutuk aje lah dengan kawan2 kau. tak perlu ajak satu Malaysia kot.
aku bukanlah menyebelahi si jejari runcing sebab jari die runcing ke hape. tak. tapi aku rasa kesian la kan bila ada pulak isu macam ni.
aku pon selalu jugak dok emo2 kat blog. marah kat buaya darat contohnya. pernah. bukan tak pernah. tapi, kita harus tahu limit. jangan hambur semua ikut perasaan. cuba kalau orang buat kat kau macam tu. macam mana? malu kan?
everyone has their own past. everyone has their own stories. dan kisah lalu biarlah dijadikan panduan. kalau ada silap pon, itu yang lepas. maafkan. apa yang penting sekarang, membina masa depan yang lebih baik. siapa kita di akhir hayat kita nanti adalah lebih penting. Jadi, tak perlulah nak ungkit2 dan hebah2kan keburukan orang. dia ada maruah. kita pon.
satu je aku pegang, what you give, you get back. buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. ok, murid-murid? :)
macam2 hal sekarang. orang tu salahkan orang ni,orang ni salahkan orang tu..adeh. poning eden. eh. yg eden sebok2 nak poning ni ape ke hey nye? (?)
apepon, sahabat, marilah kita perbanyakkan amal ibadah kita di bulan Ramadhan ni. bukan mempersia-siakannya. takut nanti tak sempat merasai lagi keberkatan Ramadhan~ Wallahualam~
Suka di sini kalau like ^___^
SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS SAMA-SAMA
>> Wednesday, July 27, 2011
Assalammualaikum.
seriously, lama gila aku tak update blog. dan seriously (sekali lagi), I MISS BLOGGING; A LOTTTTT!!! dan seriously (berkali kali dah ni?) i rasa macam dah kekok nak berblog. erk? tolong lempang boleh?
ok. ok. seharusnya hari ini wordless wednesday. but u see here, ini dah macam wordmuchy (?) wednesday pulak. oh. orang yang dah lama tak membebel kat blog memang macam ni kan. ok. faham.
eh. tapi hari ni takmo membebel banyak sangat. kena sedar diri sebab diri ini sedang menggunakan laptop pinjam berlabel "HAK KERAJAAN MALAYSIA".

http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com
cantik kan header ni?
eh. sama la kita tutup mata kat header :)
seriously, lama gila aku tak update blog. dan seriously (sekali lagi), I MISS BLOGGING; A LOTTTTT!!! dan seriously (berkali kali dah ni?) i rasa macam dah kekok nak berblog. erk? tolong lempang boleh?
ok. ok. seharusnya hari ini wordless wednesday. but u see here, ini dah macam wordmuchy (?) wednesday pulak. oh. orang yang dah lama tak membebel kat blog memang macam ni kan. ok. faham.
eh. tapi hari ni takmo membebel banyak sangat. kena sedar diri sebab diri ini sedang menggunakan laptop pinjam berlabel "HAK KERAJAAN MALAYSIA".
______________________________________________________________

http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com
cantik kan header ni?
eh. sama la kita tutup mata kat header :)
actually, aku nak join segmen ini: SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS SAMA-SAMA yang dianjurkan oleh blogger theSyafiqMokhtar. boleh klik kat link di atas untuk keterangan lanjut (ayat skema ma ma)
so, tanpa membuang masa, i wanna share these 2 hadis :
1) Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa dan harta kamu, tetapi memandang kepada hati dan amalan kamu"
(HR Muslim)
2) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Takutlah kamu semua akan semua sifat hasad kerana sesungguhnya hasad itu memakan segala kebaikan sebagaimana api membakar kayu"
(HR Abu Daud)
so, tanpa membuang masa, i wanna share these 2 hadis :
1) Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa dan harta kamu, tetapi memandang kepada hati dan amalan kamu"
(HR Muslim)
2) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Takutlah kamu semua akan semua sifat hasad kerana sesungguhnya hasad itu memakan segala kebaikan sebagaimana api membakar kayu"
(HR Abu Daud)
*renung-renungkan dan selamat beramal*
and i wanna tag bloggers yang bertuah ini:
1) echah
2) sis Hana
3) cikgu Iman
4) Nas Nenas :)
5) cik Nana
dan anda semua yang sudi :)
Thanks to TheSyafiqMokhtar untuk segmen yang sangat berilmiah dan bermanfaat macam ni. so korang. jom la join sekali :)
Read more...
Suka di sini kalau like ^___^
WordlessWednesday #1
>> Wednesday, July 6, 2011
___________________________________________
yes!! at last, updated!~
(muka bangga)
Wordless wednesday je yang mampu...
Suka di sini kalau like ^___^
Subscribe to:
Posts (Atom)






