Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

Kalaupon kau cinta~

>> Friday, September 16, 2011



Kadang2 rasa macam nak tergelak dengan sikap kita sendiri.

Bila senang, semua nak dihebohkan. konon bahagia sampai akhirat. konon cinta tulus abadi. konon kasih paling suci. setiap saat, setiap waktu. semua hendak diberitahu. semua hendak dikongsi. apa niat diri? kalau bukan untuk bermegah sendiri? megah dengan cinta yang tak pasti. megah dengan cinta yang belum lagi halal untuk kau nikmati.

sungguh aku muak.

itu hak kau. apa ada hal? aku kesah? sikitt pon tak.

kau dengan dunia cinta kau yang 'suci'.

aku? ada prinsip sendiri.


tapi.

bila semuanya lari dari hidup kau. kau meratapi, semacam tiada lagi cinta lain yang boleh kau cari. kau kecoh lagi. tapi kali ni, baru lah kau sesali.

eh. ini bukan sekali. malah berkali-kali kau begini.

aku kasihan. tapi sudah lali.

bila kau kecewa begini. kau sebok pulak menasihati hati-hati yang lain. marilah kembali kepada cinta abadi. cintakan Allah adalah cinta hakiki. betul lah. aku bersyukur kau insafi diri.

tapi.

aku memerhati.

kau hanya begini bila kau dalam kesedihan. bila kau rasa seperti tidak lagi dicintai.

tapi andai esok lusa, Allah uji lagi hidup kau dengan cinta lelaki. pasti. kau lah orang yang paling happy. sampaikan semua kau nak kongsi. ayat berbunga-bunga. semuanya untuk menggambarkan betapa kau cintai dia sampai mati. sehinggakan kau lupa, ada Allah yang patut didahului.

dan kemudian, sekali lagi, Allah uji dengan perpisahan. dan kau kembali menginsafi. mula lah kau dengan ayat2 motivasi mengalahkan ustazah. padahal kau? waktu kau senang, waktu kau mabuk dengan cinta, mana pergi ayat2 dakwah kau? kau sendiri hanyut. kau sendiri alpa..

hey.

sudah lah.

Allah uji kita banyak kali. kadang2 dengan ujian yang serupa. supaya kita perbaiki kelemahan diri. bukan sentiasa di tahap yang sama. apa yang kau pelajari daripada ini? tiada? kasihanilah diri kau sendiri.


Jadi, marilah sama2 muhasabah diri dan berubah, sahabat~


aku juga bukan sempurna. hati ini masih banyak noda. hati ini masih perlu dibersihkan. cubalah. kawal perasaan kau. perasaan boleh dikawal. hati boleh dijaga. ingat itu.

Mohonlah supaya Allah memelihara perasaan kau.

Supaya ianya tidak melampau-lampau.

Kalaupon kau cinta, rahsiakan lah. itu lebih baik.

Tunggu sehingga HALAL, pasti Allah berkati~


______________________________________________

MODE: FB's posts ANNOYED me damn much!

5 comments:

soffea September 16, 2011 at 4:07 AM  

puttry :) sila. sila.. tapi backlink la kat i ye :) thanks~

Acik September 16, 2011 at 1:57 PM  

org bercinta tu mabuk sebenarnya. jom nasihatinya ngan ikhlas ... semoga terbuka hatinya! :)

myilham.com September 22, 2011 at 4:53 AM  

salam ziarah. menarik artikel ni, simple tapi padat. puitis dalam pedas. keep it up :)

Anonymous September 28, 2011 at 10:15 AM  

cik aleeya: tuk siapaka itu? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP