assalammualaikum w.bt :)
iye. entry kali ni sbnrnye berunsur melepas geram. jadi untuk mengelakkan emo melampau-lampau terjadi, marilah mulakan dengan bersopan santun juga disertakan senyum simpul selepas memberi salam.
aku mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim~
enrty ini sepatutnye aku tulis n post semalam. tp sbb smlm internet problem, aku redha je lah. lagipon ade hikmah kot.. sbb kejadian ni berlaku smlm. n i bet kalo aku luahkan smlm, SURE lah emosi di tahap impak maksima wa cakap lu. arini mcm dh ok skit lah kot. tapi aku tak jamin lah aku boleh cool. rasenye macam akan emo juga~
mari dengar luahan hati seorang guru yg masih buntu n keliru.
tahun lepas:
i admit that i'm a FIERCE teacher. sgt garang. plus, aku juga seorang yg sgt FIRM. ape aku cakap aku akan buat. moreover bila aku rasa tercabar n ada yg mencabar kesabaran aku.
aku sangat pantang bila my dearest pupils tak siap kerja sekolah dan tak bawak buku. ya. sangat pantang. salah ke kalo aku jadikan perkara itu sebagai pantang aku?
aku tak kesah dorg tak pandai. tapi yg aku kesah bila tak pernah ada usaha untuk berubah menjadi seorang yg rajin belajar. kalo dah tak pandai, buatlah kerja yg diberi. aku bagi homeworks bukan untuk menyusahkan dorg. tapi untuk dorg jugak~
dan ya, aku mengaku aku seakan KEJAM bila aku memberi denda dan hukuman yg agak melampau. yg bilamana dikenang2 balik, aku istighfar sendiri. and i was like, "astaghfirullah. ya Allah.. kejamnye aku. bersalahnye aku.." kesal. sbb tak mampu mengawal kemarahan dengan sebaik-baiknya.
cuma aku tidaklah marah tak bertempat. aku marah ada sebab n penyebabnya.
dan ya, aku dah guna cara lembut n cara kasar. dan pasti, cara kasar lebih memberi kesan kpd mereka. habis? dh dorg yg 'memilih' cara kasar kan.
memulakan tugas sebagai seorg guru yg dh graduate, tahun pertama banyak memberi pengajaran n pengalaman kepada aku.
yang pasti, aku sentiasa berusaha dan belajar untuk menjadi yg lebih baik dari semalam. setiap hari aku berdoa. berusaha untuk menjadi yg terbaik dan memberi yang terbaik kepada anak didik.
tahun ini:
aku tekad. azam aku tahun ini: dah tak mahu garang2 lagi.
alhamdulillah. pupils dah kenal aku n cara aku. jadi hal2 tak siap homeworks tidak lagi menjadi isu utama. bukan mcm time aku mula2 masuk skolah ni. nak bentuk n didik dorg supaya siap homework punyelah susah~
tapiiiii... (inikan kisah org melayu. haruslah ada dialog 'tapiiii' mcm drama melayu juga) sambung balik tapi tadi.. tapiiii....
masih ada yg keras hati dan degil. tak ramai. cuma ada la 2-3 orang. yang 2-3 org nie lah yg menyakitkan hati.
minggu pertama mengajar. aku tulis mind map "basic needs of living things" kat whiteboard. aku suruh dorg salin.
2 hari selepas tu, aku check, 2 org boys nie tak siap. aku mengamok lah. aku denda, suruh dorg salin mind map yg sama 10 kali. aku ulang, salin mind map yg sama 10 kali.
minggu kedua, aku check. still tak siap. takpe lah. aku bebel2, aku suruh dorg berdiri belakang kelas. kesian kawan2 lain kene dengar aku mbebel.
aku bg peluang lagi. sekarang, after 2 weeks, still tak siap!
hari isnin aku ckp nak bwk dorg jumpa GB. tapi pastu aku mcm mls. aku bwk jumpa PK HEM. tp sblom tu aku dh bgtau la PK HEM. die ckp ok. boleh.
pastu aku tak tahu cerita sbb aku ada hal time tu.
semalam: RABU; aku masuk kelas tu lagi. tanya kerja 2 budak ni. still tak siap n dorg ckp buku ade kat cikgu berkenaan tadi.
after class, aku mintak buku kat guru berkenaan. dan di sini lah punca emosi aku.
he advised me n ada berlaku sedikit pertentangan pendapat since i need to defend my-own-self!
he puts a blame on me! Ya Allah. korang tahu apa perasaan bila kita dipersalahkan kerana memberi denda yang dianggap tidak rasional dan tidak relevan pada anak murid??
1) Kenapa nak suruh tulis sampai 10 kali kalau budak tu dah boleh menguasai kemahiran itu? 3-4 kali cukuplah.
aku denda sebab dorg tak siap salin. kenapa budak lain boleh siap salin, tapi dorg tak boleh? aku bukan suruh dorg BUAT MIND MAP SENDIRI kot! SALIN SAHAJA. dan ya, aku denda suruh salin 10 kali supaya dorg ingat. tak ulang lagi. hal menguasai kemahiran? aku berpendapat, bile dorg dah salin banyak2, secara tak langsung, boleh buat dorg ingat dan faham ape yg dorg tulis n salin. bertambah ingat. kenapa tak 3-4 kali sahaja? sebab aku memang sengaja suruh 10 kali. biar dorg rasa mcm, "kenapa la aku tak siapkan mind map yg 1 aritu? kn dh kene tulis smpai 10 kali"~ 3-4 kali tak cukup untuk budak yg agak keras hati macam mereka!
2) tulis 10 kali tak rasional. tak relevan.
hello. tak rasional??? serious aku geram gila. seolah2 denda yg aku bagi membuta tuli n useless! ape yg tak rasionalnya?? aku dah bagi masa n peluang kot! dah 2 minggu kottt! still tak siap. bukannya aku cakap, "ok. awk salin mind map nie 10 kali n hantar sebelum balik. faham??" itu memanglah tak rasional! itu memanglah tak releven. nonsense ade lah.
3) kite kene ingat, budak ni banyak kerja sekolah lain jugak.
oh yea??? bukan ke tugas murid memang belajar? bukan ke??? ke ade tugas lain seperti menjaga laki? atau menyusukan anak? atau juga mencari nafkah zahir kat isteri? nafkah batin pon sekali. sbb tu balik skolah p keje, mlm2 kene tido awal, smpai tak sempat nak siap keje sekolah. macam tu ke? kalo homeworks banyak pon, itu tanggungjawab dorg. kenalah siapkan. dan ya, aku bagi masa kot. dah 2 minggu!! 2 MINGGU!!! selama 2 minggu tu, still tak sempat nk siapkan jugak ke??? serious aku geram.
4) satu lagi ye, tulis 10 kali, 1 mindmap 1 muka, membazir buku laaa.
astaghfirullah. ini reason paling mengarut!! dan nampak sangat sengaja mencari salah aku. masalah ke kalo buku habis? masalah ke??? mind map tu bukan besar sbnrnye. tp dorg yg tak bijak membahagikan bahagian buku. sape suh dorg tulis 1 mind map 1 muka??
dan ya, kalau buku habis pon, tak boleh beli baru ke?? atau memang setahun hanya satu buku nota sahaja? oh, maknanye selama nie aku mebazir lah sebab tahun lepas science note book year 4 n year 5 smpai 3 buku. ya Allah. berkawan dengan syaitan rupenye aku selama ni. sebab membazir kAn sahabat syaitonn!!!!~
kot ye pon, nanti2 dorg selak gak mind map tu smpai 10 kali. biar dorg baca. biar dorg ingat yg itu denda sbb tak siap keje!
5) tulis 10 kali banyak sgt. sbb itu mind map. lainlah buat ayat je~
yg nie aku memang agak bengang lah. aku ckp, mind map kot!! bukan karangan. die boleh ckp, "eh, mind map tu mcm karangan lah".. oh. wadehek man!!! korang tahu, mind map. peta minda beb. ade ke org buat peta minda mcm karangan? ade ke?? dan mind map tu memang simple. word by word sahaja. haihh.. aku tak amek gambar lah pulak. kalo tak, leh share sini. tapi serious pendek. "animal", "human", "plants", "air", "water"etc etc.. pastu ade la anak2 panah, awan2, elaborate skit2. laaa... dah namanya mind map. bukan KARANGANNN!!!
ya. tengok. konon mcm cool la. padahal boleh emo balik beb.
aku bukan apa. tujuan aku hantar dorg jumpa PK HEM supaya budak tu ada kesedaran. dorg takut. dan dorg boleh berubah, buat kerja yg diberi.harap2 boleh selesai.
but it turned out like this; the other way round! aku yang dipersalahkan.
dan serious. memang aku meninggi suara lah kat cikgu yg berpengalaman itu. aku mintak maaf. aku memang macam ni. kalau aku tak puas hati, memang aku cakap depan2. dan apa yg aku tulis kat atas tu, memang itu yg aku bahaskan kat beliau. cuma tidak lah sebijik2 ayat mcm tu. bukan aku rakam pon aku ckp ape. but the point is still there!
dan ya, thanks kat Kak Nor sbb menyebelahi aku. even aku dah mcm nak menangis dah time tu pertahankan diri aku. perdebatkan reason n reasoning aku. pertekankan kerasionalan tindakan aku yg dianggap USELESS itu.
____________________________________________________________
aku pelik. ape yang aku buat semua salah. dulu memang lah. aku kejam. suruh siapkan kerja bawah panas. suruh jalan itik dalam kelas. suruh berlari padang. pumping, ketuk ketampi. rotan tapak tangan. tapi kali ni aku denda mcm nie sahaja. tulis 10 kali pon salah? itu dikatakan mendera? serious aku sedih. aku tak tahu ape nak buat dengan budak yang keras hati macam ni. biarkan sahaja? buat tak tahu? aku tak nak. ini tugas aku. tanggungjawab aku. takkan aku nak buat mcm tu? aku makan gaji. tak berkat rezeki nanti. nauzubillah~
aku bukan mcm beliau. yg lagi senang kalo budak tak siap n tak hantar buku; "saya lagi senang kalo deme tak hantar buku. tak payah saya tanda buku banyak2"~ terpulang lah anda dengan cara anda. tapi saya bukan begitu.
Tolong lah. aku memang buntu. keliru. cara apa lagi aku nak guna? merotan memang tak boleh. tapi why ah, kalo skolah cina dibenarkan merotan? bagus kan parents dorg~ org melayu kita? semua anak yg betul. semua anak yg bagus. yg salah cikgu. tak pandai mendidik anak mereka yang memang bijak pandai tu.
tapi aku memang tak nak merotan dah. sbb aku kalo merotan bukan sikit2. jadi lebih baik tak payah pegang rotan lah.
tak pe la. buat masa nie biar aku psiko budak tu dulu. cuma takut nanti aku yg terpsiko balik mcm dulu. melayu ni lain oh. bukan macam budak iban yg kita ajar dulu. tahu takut kalo dimarah. ada kesedaran. yg ini? astaghfirullah. entah lah~
aku tak sedap hati lah mcm ni. dah la aku yg dipersalahkan. semua nak berpihak pada anak murid. bagus lah. redha aje lah teacher soffea oiii~ cuba lagi ye~
tibe2 rase nak study course psikologi.
Read more...