perempuan bertudung dihentam teruk. what say you?
>> Wednesday, May 11, 2011
Kelmarin. ada aku baca satu blog nie. SHE menghentam wanita2 yang bertudung. pergh. agak sentap jugak lah ayat die. eh. ape plak agak kan. memang sentap pon.
tapi lepas tu bile aku habis baca, aku rasa nak tergelak. sebab point2 yang die hujahkan, memang semua tak boleh pakai pon. setakat nak melepaskan geram, ape la sangat kan. tak pe lah. aku pon bukan lah perfect sangat sampai nak kata dia itu dan ini. cuma Alhamdulillah, aku bersyukur sebab aku masih punya akal, masih punya pegangan agama yang akan aku jaga sebaik mungkin. InsyaAllah.
dan ya, isu yang die bincangkan:
1) perempuan bertudung tapi berpakaian ketat.
2) perempuan bertudung, tapi nampak leher.
3) perempuan bertudung, tapi berbaju jarang.
4) perempuan bertudung, tapi nampak dada.
5) Fesyen tudung yang mcm rumpai laut, mcm keychain hp, etc, etc.
kemudian, beliau kaitkan pula dengan hadis or ayat al-Quran, tak ingat plak aku. tapi yang sadisnya, orang jahil yang berhujah kosong dan mengukuhkan hujah dengan ayat2 al-Quran, tanpa die sendiri pasti atau tidak, memang satu cara yang aku rasa, boleh memesongkan akidah sendiri. Ingatlah. ayat Allah jangan dibuat main-main. jangan digunakan semudahnya. jangan disalah tafsirkan. berdosa besar kita. Nauzubillah~
kemudian, yang paling sadis bila die sendiri, mengajak wanita2 yang bertudung tetapi tidak sempurna ini, untuk sama2 masuk ke neraka bersamanya. astaghfirullah al azimmm..mengucap panjang aku. memang cita2 die nak masuk neraka ke? astaghfirullah... nauzubillah~
baiklah. itu overview. ini pandangan aku:
actually, aku pernah share tentang ini, sila klik SINI dan aku pon dah buat reflection tentang entry ITU di SINI PULA.
iya. tidak salah dia menegur kita. walaupon beliau tidak bertudung, tetapi apa la salahnya beliau menegur kita yang bertudung ni kannn. cuma ayat yang digunakan, cara pendekatannya tidak mesra alam la.
and i admit, i pon bukan lah sempurna lagi dari segi penutupan aurat. tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya kita sudah menjalankan satu perkara wajib, cuma perlu sempurnakannya lagi. dan ya, niat untuk sempurnakan tuntutan wajib menutup aurat dengan betul dan sempurna (byk betul perkataan sempurna. background lagu 'sempurna' please~) memang ada, dan masih berusaha ke arah itu. sekali lagi, alhamdulillah, Allah terbitkan rasa ingin berubah dalam hati. cuma kita lah yang perlu bertindak.
sebenarnya, aku tidak lah marah sangat. cuma aku agak sedih mengenangkan diri beliau yg menulis entry itu. dan juga rakan2 beliau yang menyokong n mengipas2 beliau. kasihan bukan? paling sadis apabila beliau dengan mudahnya berkata, SEE YOU IN HELL. perghh. giler berani kau nak masuk NERAKA. aku baca tafsir al-Quran, ayat2 Allah yg menceritakan tentang azab di neraka pon aku dah kecut. ni, kau??? macam dah bersiap sedia je nak masuk neraka?
takpe lah. kita pon bukan siapa2 untuk menentukan siapa2 yang akan masuk syurga atau neraka. amalan kita yang akan tentukan. cuma aku nak tolong ingatkan kau, aku, dan kita semua lah bahawa hidup di dunia ni adalah perjalanan yang sementara. hidup di dunia ni untuk kita mencari bekalan di akhirat nanti. kalau kau rasa kau tak cukup amal, berusaha untuk cukup kan. hidup bukan setakat berserah dan redha semata-mata.
Allah berfirman:
"Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka"
(surah Ar-Ra'd, ayat 11)
jelas bukan?
Sahabat, marilah kita sama2 berdoa, semoga Allah bukakan pintu hati beliau untuk berubah. semoga nanti beliau tergerak hati untuk bertudung, dan bersama2 membantu kita untuk sama2 melaksanakan tuntutan menutup aurat dengan sempurna. insyaAllah.. aminnn :)
psssttt: tak perlu lah aku letakkan link beliau. ayat2 nya Ya Allah... tak sesuai untuk bacaan umum. hehe :)
ehem!~ aku cuma berkongsi pandangan dan pendapat. kalau salah, minta tolong betulkan :)
8 comments:
da ramai yg tahu. ayat dia memang kasar. and i nak tergelak. yes. memang gelak kot. geleng kepala je. sbab dia spt marahkan ssorg tp semua jd mgsa dia. betul2 tak matured. sggup merendahkan diri sendiri. kita doakan je lah agar dia sedar akan kekhilafan diri sendiri . sbb ckp byk tak guna, kita pun sama2 tak sempurna :)
ustaz saya ckp<xada beza yang tudung tak tutup dada dan xpakai tudung...sama ja..sbb dua2 xtutup aurat.
dari semasa ke semasa kita bleh pbtoi mana yang xckup lgi kan..:)
haha,,isz pon ada baca gak blog die,,entah pape,,cam ape jek lah
itulah tulis berdasarkan emosi.. taktahu betul ke tidak.. boleh plak tulis mcm tu...
salam soffea.
cabaran utk org bertudung skrg ni memang banyak.. terpulang pada kita utk perbaikinya atau sekadar menjadi hiasan..sama2 lah kita perbaiki mana yang kurang,kan:)
different person, different view, kalau salah kita tak payah amek, buang jauh2..kalau betul, dun be in denial.kan senang..betul x?huhuhu..tapi tu la, kadang orang yang buat salah ni, dia takkan nampak salah dia bila dia cakap tentang kesalahan orang lain.huhuhu..
serius saya je tak tau sapa blogger tu.. orang lain semua dah tahu.. huhu... tapi hampir semua yang ulas balik cakap cara dia tu memang tak kena... moga dia sedar kesalahan dia.. mungkin marah sangat agaknya amsa buat entri tu.. huhu
Bukan mudah hendak melakuka transformasi yang penting konsisten unutk ke arah yang lebih baik. Kalau ketika sekolah boleh bertudung sopan kenapa tidak selepas tinggal bangku sekolah. Selalu beri dorongan positif
Post a Comment