Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

Beware of crocodile land!! erkkk??

>> Friday, June 10, 2011

Siapa tengok cite Annissa? angkat tangan please!!
emmmm.. tak seramai yang tengok Nora Elena ek. heh. pandai2 je aku. dah ghope penganalisa TV3 yang analisis rating plak. TV3, bayar gaji please :p

sementara cuti skolah ni, aku layan lah jugak slot samarinda ni. bukan ape, lambat sangat lah 10.30 malam tu. time skolah kena tido awal. nanti liat pulak nak p skolah. erk? ni cikgu ke anak murid? confuse jap (-_-')


ok lah. cite Annissa ni pasal 4 bestfrens yg mempunyai minat yang sama dalam bidang peng-fashion-nan. eh. ape kate korang bace je sinopsis kat sini. klik lah :)


fiza-RCW-faradhiya-AidaAris
(Anna-Balkis-Shila-Sara)



baiklah. mari bincangkan dengan lebih serious.

cerita ni banyak konflik yang berkaitan rumah tangga. bermadu dengan sahabat karib sendiri? whuttt?? aku pon tak dapat nak bayangkan macam mana. mintak dijauhkan.. nauzubillah~

tapi. episod semalam sangat2 annoyed pada aku. serious. i can't stand lah dengan lelaki penipu-mulut manis-padahal-buaya darat-nak mampos! kau tengok betapa EMO nye aku kalau bab2 lelaki mulut manis penipu ni. pengalaman mengajar beb. mengajar untuk menjadi emo. har-har-har. taklah. mengajar untuk menjadi lebih berhati2 terhadap lelaki.


iklan promote jap




berbalik kepada episod semalam.

rupa2 nya, memang si Farid dah kawen dengan Balkis. ok. tak pe lah. dah jodoh kot. cuma aku menyampah giler okeh kat watak Farid tu. konon macam, "sayang, walau u tak boleh mengandung pon, i takan cari yang lain. jangan risau ok?" padahal?

pastu konon2 bajet macam suami soleh la kan. tunggu isteri balik keje sampai tertido dalam kereta. padahal sebelum tu die p tido umah isteri kedua die tauuu. and Anna si isteri pertama senyum konon2 terharu lah sangat. ouh. puhleaseeee lah~

_______________________________________________________________


and banyak lagi la yang sangat2 menyampahkannya punn (tibe2 jadi ah chai pun)


i admit that this is really happened in reality.

Lelaki memang boleh beristeri sampai 4. ini dalam Islam. aku tidak pernah sangkal. cuma pada aku, cara tu biarlah betul. tolong lah jangan jadi penipu. depan bukan main baik, mulut manis. i takkan menduakan u la.. i sayang u sorang la.. tapi? Nauzubillah... sakitnya hati kena tipu kan?

pulak tu bila depan kita bukan main baik n romantic like hell yeah. adehhh.. dugaan betul. kesian lah.


jadi macam salih Yaakob kan bagus. cuma ye lah, situasi lain-lain. Bini2 salih yaakob tu bukan kawan baik macam anna and balkis pon. sebab tu mudah sikit kot? but who knows~ kisah orang, mana kita tahu. kannn~

______________________________________________________


hidup kita, takdir kita, jodoh kita, semua Allah yang tentukan. cuma bagaimana cara kita menguruskan kehidupan kita, itu yang perlu diperbetulkan. Ujian yang Allah beri adalah untuk mematangkan kita, menjadikan kita hamba yang tidak pernah lupa akanNya. tetapi andai ujianNya kita hadapi dengan cara yang tidak diredhaiNya, segalanya seakan sukar. hidup berpura2 dan penuh ketakutan. lantas, bagaimana kebahagiaan itu akan muncul?

______________________________________________________



well. kita pandang dari sudut positive lah. semoga kisah Annissa ini dapat memberi pengajaran yang baik untuk kita. don't put 100% trust on anybody. they don't deserve it.

pengajaran yang baik tau! bukan mengajar lelaki untuk menjadi lebih bermulut manis dan buaya darat berkarat ye. No-no-no-no~



note to self: beware of 'crocodile land' aka casanova. semoga dijauhkan. Nauzubillah~



10 comments:

InaNina June 10, 2011 at 4:26 PM  

baru 2 kali tgk anissa. tp bes cite tuh ;)

ecah mashuri June 10, 2011 at 9:25 PM  

aiyorkkk..tak penah tgk la pulakss...tp gaya sis cerita dgn bersungguh2 tuh menarik minatku untuk menontonyaaa..kui2...malam isnin nanti nak tgk si farid gataii tuh!!!

Siti Safiyyah June 11, 2011 at 9:50 PM  

err.. baru layan berapa kali jek cite tu. hehe. suka ayat awak, " pengalaman mengajar utk menjadi emo". kehkeh :p

maCy June 13, 2011 at 4:38 PM  

ok la jugak. macy ta tgk sgt. uhuhu

ibnubaba_04 June 14, 2011 at 12:15 PM  

haha..siap tulis sinopsis lagi tu..x minat la cite2 gni

miwwa J June 20, 2011 at 9:24 PM  

wah mcm best je citer tu =)

Muhamad Zaki Zafir June 25, 2011 at 7:54 AM  

mana yg kahwin 4 tu tp xbrtgjwb,siap la nanti.nk buat mcm mana,sblm kahwin la kena selidik betul2 laki tu mcm mana. :)

aniswany June 28, 2011 at 5:15 PM  

sengal ja bila tgk cita tuh.haihh kwn baik pn xley pcya kannn =.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP