Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

Beware of crocodile land!! erkkk??

>> Friday, June 10, 2011

Siapa tengok cite Annissa? angkat tangan please!!
emmmm.. tak seramai yang tengok Nora Elena ek. heh. pandai2 je aku. dah ghope penganalisa TV3 yang analisis rating plak. TV3, bayar gaji please :p

sementara cuti skolah ni, aku layan lah jugak slot samarinda ni. bukan ape, lambat sangat lah 10.30 malam tu. time skolah kena tido awal. nanti liat pulak nak p skolah. erk? ni cikgu ke anak murid? confuse jap (-_-')


ok lah. cite Annissa ni pasal 4 bestfrens yg mempunyai minat yang sama dalam bidang peng-fashion-nan. eh. ape kate korang bace je sinopsis kat sini. klik lah :)


fiza-RCW-faradhiya-AidaAris
(Anna-Balkis-Shila-Sara)



baiklah. mari bincangkan dengan lebih serious.

cerita ni banyak konflik yang berkaitan rumah tangga. bermadu dengan sahabat karib sendiri? whuttt?? aku pon tak dapat nak bayangkan macam mana. mintak dijauhkan.. nauzubillah~

tapi. episod semalam sangat2 annoyed pada aku. serious. i can't stand lah dengan lelaki penipu-mulut manis-padahal-buaya darat-nak mampos! kau tengok betapa EMO nye aku kalau bab2 lelaki mulut manis penipu ni. pengalaman mengajar beb. mengajar untuk menjadi emo. har-har-har. taklah. mengajar untuk menjadi lebih berhati2 terhadap lelaki.


iklan promote jap




berbalik kepada episod semalam.

rupa2 nya, memang si Farid dah kawen dengan Balkis. ok. tak pe lah. dah jodoh kot. cuma aku menyampah giler okeh kat watak Farid tu. konon macam, "sayang, walau u tak boleh mengandung pon, i takan cari yang lain. jangan risau ok?" padahal?

pastu konon2 bajet macam suami soleh la kan. tunggu isteri balik keje sampai tertido dalam kereta. padahal sebelum tu die p tido umah isteri kedua die tauuu. and Anna si isteri pertama senyum konon2 terharu lah sangat. ouh. puhleaseeee lah~

_______________________________________________________________


and banyak lagi la yang sangat2 menyampahkannya punn (tibe2 jadi ah chai pun)


i admit that this is really happened in reality.

Lelaki memang boleh beristeri sampai 4. ini dalam Islam. aku tidak pernah sangkal. cuma pada aku, cara tu biarlah betul. tolong lah jangan jadi penipu. depan bukan main baik, mulut manis. i takkan menduakan u la.. i sayang u sorang la.. tapi? Nauzubillah... sakitnya hati kena tipu kan?

pulak tu bila depan kita bukan main baik n romantic like hell yeah. adehhh.. dugaan betul. kesian lah.


jadi macam salih Yaakob kan bagus. cuma ye lah, situasi lain-lain. Bini2 salih yaakob tu bukan kawan baik macam anna and balkis pon. sebab tu mudah sikit kot? but who knows~ kisah orang, mana kita tahu. kannn~

______________________________________________________


hidup kita, takdir kita, jodoh kita, semua Allah yang tentukan. cuma bagaimana cara kita menguruskan kehidupan kita, itu yang perlu diperbetulkan. Ujian yang Allah beri adalah untuk mematangkan kita, menjadikan kita hamba yang tidak pernah lupa akanNya. tetapi andai ujianNya kita hadapi dengan cara yang tidak diredhaiNya, segalanya seakan sukar. hidup berpura2 dan penuh ketakutan. lantas, bagaimana kebahagiaan itu akan muncul?

______________________________________________________



well. kita pandang dari sudut positive lah. semoga kisah Annissa ini dapat memberi pengajaran yang baik untuk kita. don't put 100% trust on anybody. they don't deserve it.

pengajaran yang baik tau! bukan mengajar lelaki untuk menjadi lebih bermulut manis dan buaya darat berkarat ye. No-no-no-no~



note to self: beware of 'crocodile land' aka casanova. semoga dijauhkan. Nauzubillah~



Read more...

Hari Menghargai Guru :)

well. macam dah basi ke? tapi anggap je la ni macam ikan pekasam. walaupon diperam, still mengancam. (apakah?)

dah lama giler kot dalam draft. hari ni mari kita rasai semula kemeriahan sambutan Teacher's Day on 16th May yang lalu..

___________________________________________________


Kami Guru SK Pasir Kubu..
mengajar tanpa rasa jemu
lalalalala~


ni la rakan2 guru yang disayangi..
sikit kan? padan la dgn skolah kecik :)



kakak2 yg tersayang <3

kiteorg sebok dok camwhore.

time nie aku baru pas baca perutusan Menteri ape tah. habis sume aku cut bagi pendek. yang 12 pages dah jadi 2 pages je. malas la ckp banyak2.



with kak za and teacher Norizan :)

aktiviti hari Guru banyak kat padang la tahun ni. cikgu2 lepas gian nak main itu n ini. yang paling mencabar bile kena pakai baju kurung ( i mean, tak boleh tukar sport attire ) utk bermain di padang. so, gasak lah aku dgn kebaya tu. cuma kasut la tukar pakai selipar. adeh (-_-')





apakah aksi ini? pertandingan melempang murid kah?

No-No-No-No

kejam benor bunyinyee..



ini haaaa....















giler penuh semangat okeyh~

main boling kelapa lah~


3 kali percubaan. n guess what? satu botol pon tak jatuh TAHU. adeh. buah kelapa tu degil lah. tak macam bola boling. satu lagi, rumput punye pasal lah. haha. kau tengok. orang takleh terima kekalahan mmg macam tu. heh~




ini cikgu Tarmizi. die KPLI yg baru posting tahun ni.


yang ni main sambut2 belon yg isi air. serious senang giler kot. cuma group kiteorg pecah satu belon. so, kalah la. wuwuwuwuuu. mari nangis sama2 :'(


pastu ade game isi air dalam botol by using a sponge. nope. bukan spongeBob k. ini sponge biase2 je, tanpa Bob. :) game ni kelakar lah. sbb? cikgu2 dah mula dok ngelat, main tipoo woo.. ye lah, lambat sangat kan nak tggu botol penuh air. last2, bawak je baldi berisi air tu dekat ngan botol. senang!


candid!~


ada jugak lawan netball antara guru. kelakar betul aku dok lari2 ngan kebaya n kain. cikgu2 lain memang pakai baju kurung ngan seluar trek. heh.



aritu semangat tau aku nak menang no 1 sbb hamper best punye. dah aku yg beli n bungkus hamper kan. tapi lupa nak jampi hari tu. sebab tu tak dapat.. dapat no 3 je. huhu. takpe la.. yg penting, enjoy kan~


oh ya, aku lupa betul nak amek picture hadiah dari anak murid. takde la banyak sgt. biase la. teacher yang garang harus terima kenyataan ini.

tapi seriously, aku hargai sangat hadiah2 yg diberi. paling best, kain pasang warna merah from my dearest class, year 5. patut lah hari tu tanye teacher suke warna ape ye? dah agak dah time tu. saje teacher buat2 tak faham.

apepon, my dearest pupils, korang memang best lah. semoga jadi insan yang berguna, insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. aminnnnn~

Read more...

after quite a long time~

>> Thursday, June 9, 2011


Perghhhh.. giler lame tak update. ape tah dah penuh dengan cicak blog aku ni?? opss. musuh yg sejati kekal abadi tu. jgn sebut banyak2 kali please..


baiklah. assalammualaikum. apa khabar sume??? giler lah. bajet buat konsert ke hape ni?? dush2!~


sementara still ade 2-3-4 ari lagi holiday ni, aku try la buat rajin update blog ni. insyaAllah.. (padahal keje2 SU tak siap2 lagi ni) sape ckp cikgu cuti boleh goyang kaki? habaq maiii.. *tibe2 emo*

______________________________________________________________

next update :)




apakah?

di manakah?

bilakah?

*next!*



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP