Appreciate them~ thanks.
reflection ;)
>> Tuesday, August 3, 2010
Salam ;)
thanks kpd sume yg membaca entry lepas, tentang salah anggap sesetengah org kepada mereka2 yg bertudung. dan dan dan, terima kasih juga kepada mereka2 yg komen n memberi pendapat masing2. i do appreciate that, guys. know whut, rase sgt berguna article itu ;) sharing is loving rite?
and i would like to clear something here. article tersebut boleh mendatangkann pelbagai pandangan n pendapat:
i - memang pon.. org bertudung tu memang bukan baik2 pon.
ii- yelah kan, sebenarnye yg tak baik tu bukanlah pada tudungnye, tapi pada perangai si pemakai.
iii- alhamdulillah.. at least kite dh bertudung, cuma perlu percantikkan lagi peribadi kita ;)
ataupun;
iv- ah.. aku tetap rase org yg bertudung tu berfesyen je lebih. padahal, same je ngan yg tak bertudung.
huhu.
__________________________________________________
and for me, as i read this article, i keep on thinking and reflecting my own self. in my opinion, this is the great article. kalo korg hayati betul2. and i would like to come out wif my own reflection:
1- manusia memang mcm2. kite takleh nak tutup mulut org yg mengata bukan2. tapi kdg2 memang sgt terkesan la kalo org dok mengata, "ala.. pompuan bertudung pon same tak guna jugak". astaghfirullah. sape kite nak judge org lain? mungkin anda boleh mengutuk cara pemakaian die, atau cara die membawa diri. dah... kalo gedik menggeletik semacam, aku pon akan kutuk kot. but please, jgn same kan sume org yg bertudung mcm itu. yg buruk adelah diri dia bukan pada imej yg dibawanya.
2- cuba hayati setiap point article tersebut. byk kali mention ttg ini : sekurang2nya org yg bertudung itu telah menutup aurat, n menjalankan tuntutan agama. yup. anda, anda, dan anda yg bertudung, bersyukurlah kerana kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah untuk memakai tudung dn menutup aurat. tapi skrg, timbul pula isu menutup atau membalut aurat? honestly, bile bace article nie, mmg aku rase mcm, "ermmm.... tak cukup lagi ape yg aku buat sekarang ni". i mean, kite rase insaf n terpikir2, betul ke aku menutup aurat selama ini?
3- ini pendapat peribadi. pada aku, bile kite bertudung, setiap tindak tanduk kite seakan terbatas bile kite berdepan dgn masyarakat. sekurang2nye imej bertudung yg kite bawa tu boleh membataskan ape2 yg tak elok yg kite nak buat, atau akan buat. sbb kite pk pandangan org len. tapi ade gak sesetengah org yg tak peduli langsung ngan imej die. suke ati nak buat ape. mungkin kite leh tolong nasihatkan, bukan? jika die sahabat kita.. takkan la tibe2 korg nak tegur sape tah yg korg tak kenal? mau kene smack down karang? haha.
___________________________________________________
erm.. susah nak explain tentang ni. lain org, lain pendapat. and pendapat setiap individu itu dipengaruhi oleh pemerhatian n pengalaman individu itu sendiri. cuma mungkin pasni kite leh bersikap open minded sedikit dan yg penting, sentiasa bersangka baik ;) do read this article ya.
dan sebagai seorang yg bertudung, aku cuma harap article nie leh buat kite same2 insaf. setiap org ade kisah masing2. mungkin selama nie kite penah buat dosa, buat salah, atau ape. but it is all about the past. biar ia nya jadi pengajaran. yg penting, siapa kita di akhir hayat kita nanti. sesal itu perlu ada. tapi biarlah sesal itu membantu membentuk diri kita menjadi yg lebih baik dr sebelum ini, dan menjadi bertambah-tambah baik dari hari ke hari. insyaAllah~
- tapi kalo dh terang2 perangai buruk n pakaian teruk, even bertudung pon... aku takleh nak kate ape lah. manusia mempunyai akal yg sempurna utk menilai mana yg baik atau buruk. jaga imej anda. kerana anda turut menjaga imej muslimah yg lain. sama2 ya ~ -
pssstt: bersyukurlah kerana anda telah melaksanakan salah satu tuntutan agama.. tinggal nak memperindahkannya lagi. istiqamah ;)
Suka di sini kalau like ^___^
“Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Tak Guna Juga!”
>> Sunday, August 1, 2010
Salam. i've found this article, somewhere in FB. article nie cm BEST skit sbb menyentuh tentang org2 yg memperlekehkan perempuan yg bertudung. lain org lain pendapat.i hope this article leh tolong kita, sedarkan ape2 yg perlu kite sedar. bukan niat nak tunding jari mencari salah siapa, atau menunding jari mencari siapa yg lebih benar. tapi ini yg perlu kita tahu. and for me, i do enjoyed reading this. dpt beri keinsafan kepada kita. baca lah.. tak rugi~
______________________________________________________
Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawapan yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut.
1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tetapi dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.
2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.
3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung. sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.
4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.
5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Tak Guna Juga!” sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?
6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syariat-syariat tertentu didalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.
7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.
8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini. kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?
Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!
"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)
Allahu a’lam
_________________________________________________________
sama2 lah kita memperbaiki diri ya. saling ingat mengingati antara satu sama lain. secara peribadinya, aku memang insaf la.. insaf. insaf.
pssst. tmbahan: kdg2 aku pon terase cm diri sendiri tak betul. dn kadang2 org pon penah dok mengata kat diri kita. konon je bertudung. tapi? tapi?tapi dn tapi tapian lagi.
and through this article, i've learned sumthing: "bersangka baiklah dgn semua org~" dan dan dan, "kite perlu sentiasa berusaha mengubah diri ke arah yg lebih baik". kalau skrg dh cantik bertudung, hiasi lah dgn keperibadian yg cntik pula. insyaAllah~
Suka di sini kalau like ^___^
Subscribe to:
Posts (Atom)
