Powered by Blogger.

Appreciate them~ thanks.

today: terasa hati.

>> Tuesday, October 5, 2010


I'm so so SAD today.

Full of depression.

everything seems so wrong to me.

it hurts me a lot.

Yes. it is.





:: sedih rasanya bila semuanya tidak dihargai ::
semuanya macam sia-sia
kecik ati. sakit ati. sedih ati.
tidak mengapa lah
Janji aku dah berikan yg terbaik
untuk mereka.
sudah berusaha, bersungguh,
menyampaikan,
walau sedikit ilmu.
tapi mereka sombong.
tak mengapa.
satu hari nanti,
harap mereka sedar,
jasa Guru itu terlalu besar.
harap mereka sedar.
ilmu itu terlalu berguna.
SEMOGA.
MOGA-MOGA.


Read more...

I'm not Married yet!~

>> Saturday, October 2, 2010


semalam: ade org tanye; "U dah kawen ke?" terkesima di situ ye.
" eh. belum. kenapa?" .
" sbb u pakai cincin ma.."
owh.. ye ke? haih. bikin saspen je tau. aku ingat ke sebab die nak kate gaya aku seperti wanita yg sudah berkawen. atau nak kate, wajah aku kelihatan seperti matang ~ewah. padahal mcm berusia? atau mcm TUA? haha~, sehinggakan dia ingat aku mcm dh bersuami. huh. kecewa disitu.

"Tu lah.. anak murid i pon selalu tanya. dorg ckp sebab i pakai cincin~"

" ya la.. u jgn pakai kat jari tu. pakai kat jari lain la"

" hehehe "


memang kot. sbb aku pakai cincin kat jari manis, tangan kanan. org salu ckp tu "tanda" dh berpunya or what so eva. tapi betullah. aku nie mak abah yg punya.HAHA. ya. POYO di situ~

actually, dulu aku pakai cincin kat jari hantu. eh. macam seram je sebut hantu di kala duduk seorang diri di sini?. okeh. tukar lah. jari tengah. ha, baru rase mcm tak takut dah. psycho giler~ ^__^

but satu ari tu aku penah terbaca 1 note, somewhere in FB which state that, tak elok memakai cincin di jari telunjuk n jari tengah. ada sebabnye. tapi aku mcm tak ingat sgt la. so, takleh nk smpaikan di sini. cuma aku bleh conclude la yg seorang Islam tu, HARUSlah TIDAK memakai cincin di jari telunjuk atau jari tengah. take note di situ ya. nanti2 korang goggle pasal nie k ;)

tapi takkan aku nk mention kat amoi tu plak. tak paham die. aku hehe hehe je la~ asal die puas ati.

_______________________________________________

eh, korang. salah ke pakai cincin emas bagi para gadis ye? ewahhh~
byk kali kot aku dlm situasi nie.

dulu: member aku penah pesan;
"Peah, baik Peah bukak cincin tu, sebab nanti org takut nak dekat"

aku jwb la;
" kalo betul die nak kat i, die akan usaha"


YA. maksud aku; die usaha untuk tahu status aku, dh bertunang ke, dh kawen ke, dh single ke? eh. masih single ke? die patut bertanye la.. baru nmpak macam bersungguh kan?

its better drpd; nampak je cincin kat jari, terus set mind; "owh. dh ADE. melepas. baru nak ayat~" haha. giler poyo ayat bajet howt dowh.

______________________________________________

kesimpulannya:
biarlah org nak cakap jatuh saham atau ape. tapi nak buat macam mane kan, aku suka pakai cincin ni. dah abah yg beli. takkan nak simpan je? tak baik tau. tak appreciate.


+siap inai? itu mmg mengelirukan+




pesanan: soal selidik itu penting.

pertanyaan: lelaki memang ramai anggap mcm tu ke?
ade cincin ----> jauh. jauh. jangan dekat!

hakikat: please. i'm not married yet!~


geram sbb picture tu besar sgt.
aku just copy url image je dr FB.
tak reti nak adjust cmne da..
haih. buruk jd entry nie.
buat2 mcm nmpk comel je la eh~


Read more...

isu ini sgt serius bg aku!

>> Friday, October 1, 2010

salam ;)

this few days macam makin kecoh tentang video seorang akak nie kat FB. org dok share link, tag la, n what so eva. mula2 aku macam tak terniat langsong pon nak view sbb setakat video miming je, dah berlambak2 kot. tapi bile tgk description tu mention yg akak nie seorang GURU, aku pon nak jugak lah tengok. unluckily, my lappy memang dh nazak sgt. tak tahu nape takleh view any videos pon. sedih. sadis. so, aku view kat laptop my housemate, Nani.


before that, Nani ade gak cite pasal video nie. and gosip2 kat skolah die ttg GURU ini. tapi, selagi aku tak tengok sndiri, aku takleh la nak judge based on other's opinion n review kan..

so, here it goes. tadi baru lah dpt view video GURU ini. mak aih.. banyak bebeno rupenye video2 die kat youtube tu. perghhhh!!!~ macam2 lagu ade. even miming pon. n hey, guess what, Nani told me that she has her own fans. n hey, they also have their fan club group in FB. woahhh!~ macam hebat? haha.

as for me, while i'm watching all those nonsense videos, aku rasa MALU yang teramat sangat. sangat2 MALU. sebab?

1 - dia seorang wanita melayu beragama Islam yang bertudung.
-perlu ulang ayat tersebut? jelas dh kot. okay. memang org ckp, don't judge people by their appearance. betullah. tapi pada aku sendiri lah, bile kite berpakaian, itu mempengaruhi cara pembawakan diri kita. dah cantik manis bertudung, takkan nak buat perangai teruk n buruk? menari terkinja2? konon2 mcm shakira la? hey, waka waka la lu beb. sangat waka waka. wa tengok pon macam nak kaka je lu. eh, kaka tu ape? ntah. anggap je maksudnye mcm nak lempang laju2 dlm bahasa mexico. anggap je. kire mcm tu la. sgt memalukan.

2- she is a TEACHER. ok. translate, dia seorang GURU.
-GURU yg sepatutnye memberi contoh yg terbaik untuk anak muridnye. GURU yg sepatutnye boleh jadi role model untuk anak didiknye. aku tak kate aku nie sehabis role model paling BAIK yg boleh dijadikan contoh TERBAIK atas sebab seperti sopan santun, lemah lembut berbudi bahasa, juga sopan santun, lagi lemah lembut. pastu berbudi bahasa plak tu. cmpur lak lemah lembut... dah la berbudi bahasa, lagi comel plak tu. ok. stop. tipu je. tapi BETUL. aku pon tak layak nak IKTIRAF diri aku sbg contoh untuk pupils n role model terbaik. so, sila tiru saya. TAK. tapi sekurang2nya, bila kite seorang GURU yg secara tidak langsung merupakan role model kepada pupils, kene la jaga batas, BEHAVE. perangai biar elok. bukan yg jelik. ini? Nauzubillah. segan nak cerita. sgt memalukan.

consequence?

manusia. secara amnya, suka untuk judge n menilai others generally. secara keseluruhan. ape org kate, kerana nila setitik, habis susu sebelaga. mcm nie la, people start nak judge:

1) pompuan pakai tudung semua macam tu ke?
2) ala, pakai je tudung, perangai tah pape gak. org pakai tudung sume takleh pakai.
3) bla.. bla.. blaa...

see. see. susu lain gak yg rosak.

dan, org juga berkata; seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. MAAF. sy tidak kata anda kerbau. peribahasa yg kata.

sungguh lah, kerana die seorang (yg perangai pelik?), org akan tertanya2 n make some conclusion:

1) erkk?? mcm nie ye perangai cikgu?
2) cikgu nie takde keje lain ke?
3) cikgu zaman sekarang mmg semua tak boleh pakai..
4) macam mane lah budak2 sekarang tak teruk? cikgu pon perangai pelik mcm teruk.
5) blaa.. blaa... blaa...

lihat. lihat. cikgu jugak yang salah. SEMUA cikgu.

memang tak adillah org nak judge smpai mcm tu sekali. tapi aku bukan lah nak bangkitkan isu judge m'judge nie. kite takleh nak sekat pemikiran orang. itu hak individu. tapi bila kite bawak diri dengan baik, orang takkan tibe2 nak judge yg bukan2? yg pelik2, n teruk2? haih~

so, itu semua berbalik pada diri kita sendiri. kita hidup bukan sekor2 kat dunia nie. mcm tak best plak hidup sekor2 kan? tak meriah. jadi, tolonglah jaga title yg anda pegang; no matter whoever you are, as a muslimah, as a teacher, a daughter, a wife, a friend, or what so eva; anda kena jaga itu. sebab kadang2 org lain yg terkena tempiasnya.

and for that TEACHER, harap sangat die sedar dgn ape yg die buat nie. banyak gak org dok komen2 die. yg kutuk, yg puji. semua ada. cuma aku pelik lah. kenapa ada yg puji2 n bagi semangat? macam tak relevan. kenapa? mungkin mereka nie suka melihat org lain malu? atau suka melihat org tersebut memperbodohkan diri sendiri? MUNGKIN. aku tak kata MEMANG. and MUNGKIN juga, sebab ade penyokong2 yg puji2 tu lah yg buat beliau bersemangat menghasilkan 'video2 klip' seterusnya? siap ada fan club. macam HEBAT kan? tapi tahu tak, itu semua sangat2 MEMALUKAN. nothing to impress. nothing to be proud of. sedarlah.

dan juga, die tu cikgu dekat2 sini juga. sama daerah PERAK TENGAH ngan aku. sbb tu la video die siap ade speech dlm loghat perak. dengar cerita juga, PPD Perak Tengah nak ambil tindakan. dengar sahaja lah. betul atau tidak, wallahualam. cuma aku harap, ada sesi kaunseling lah untuk beliau. ada tindakan. harap harap.

untuk kesekian kalinye, aku memang MALU tengok video die. smpai tutup2 muka nie, MALU.. serious. tak caye, tanye Nani. kan Nani kan? tak tahu lah mane hilang MALU beliau. tak salah kan ko nak melalak, menari atau ape, tapi please la, do not publish it. make it private. simpan sendiri sudah. ko dlm bilik memanglah sekor2 je. tak malu. tapi bile dh upload kat Youtube, satu dunia kott dapat tengok. satu dunia! MALUnye, YA ALLAH!~


tak dpt bayangkan mcm mane die berdepan ngan sume org. mungkin dia bangga kot. mungkin?


_________________________________________________________


aku takmo share pon link tersebut.
buat apa nak sebar2kan hal yang memalukan, bukan?
takde faedah pon.
kesian kpd beliau. aku sgt kesian.
serious. sgt kasihan.
lagi kasihan sebab beliau tidak kasihan pon akan diri beliau.



-Ya.
isu ini sgt serius bg aku.




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila lah :)

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP